Tuesday, March 22, 2011

Lelaki dihukum mati naik angin


RAVINDRAN menendang jurugambar yang merakam wajahnya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Dua jurugambar akhbar dan seorang jurukamera televisyen nyaris cedera ditendang seorang penganggur yang dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.

Dengan kedua-dua tangannya bergari, R. Ravindran, 36, yang diiringi tiga anggota polis menjeling ke arah wartawan yang mengekorinya sebelum menendang jurugambar Kosmo!, Ahmad Zhafaran Nasib yang berdiri berdekatannya.

Tendangan Ravindran terkena lengan kanan Ahmad Zhafaran sebelum dia sekali lagi melepaskan tendangan ke arah jurukamera Bernama TV, Mohd. Izuan Mohd. Zaki yang mengenai bahagian hadapan lensa kamera videonya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment