Saturday, March 19, 2011

Kunis bukan punca Timberlake berpisah


JUSTIN TIMBERLAKE dan Mila Kunis berlakond dalam salah satu adegan filem terbaru lakonan mereka, Friends With Benefits.


LOS ANGELES - Pelakon yang membintangi filem Black Swan, Mila Kunis bukan menjadi orang ketiga yang menyebabkan Justin Timberlake dan kekasihnya, Jessica Biel berpisah, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa Timberlake yang menyanyikan lagu Cry Me A River itu berpisah dengan Biel, 29, kerana dia tidak dapat membuang sikapnya sebagai lelaki bermata keranjang.

Menurut majalah Weekly Amerika Syarikat (AS), Timberlake, 30, pernah berusaha untuk menamatkan hubungannya bersama Biel, namun dia gagal untuk mencari alasan kukuh bagi mengakhiri percintaan itu.

"Dia (Timberlake) tidak mengaku menipu di belakang Biel walaupun kami lebih arif tentang sikap sebenar dia," jelas seorang rakan terdekat Timberlake yang memberitahu akhbar tersebut.

Majalah Star juga mendedahkan tentang perangai Timberlake yang sempat bermain kayu tiga semasa menjalin hubungan cinta dengan Biel.

Hubungan Timberlake dan Kunis mula menjadi tanda tanya selepas mereka kelihatan mesra semasa menghadiri dua parti baru-baru ini.

Sumber Kunis pula menerangkan, bintang jelita berusia 27 tahun itu bukan punca Timberlake berpisah.

"Kunis tidak ada kena mengena langsung dalam soal hubungan di antara Timberlake dengan Biel. Tidak wujud hubungan istimewa di antara Kunis dan Timberlake," kata sumber rapat Kunis.

Kunis dan Timberlake sebaliknya sekadar berkawan selepas mereka bergandingan dalam filem Friends With Benefits arahan Will Gluck yang menjalani penggambaran beberapa bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: