Thursday, March 17, 2011

Kekasih Alex supermodel


ALEX sering memasak untuk kekasihnya, Ho Jee.


SELEPAS sekian lama memegang status solo, akhirnya penyanyi dan aktor popular Korea, Alex, kini sudah berteman.

Media di Korea melaporkan Alex telah mempunyai kekasih dan hubungan mereka kali ini adalah serius.

Kekasih Alex itu merupakan bekas supermodel bernama Jo Hee. Gadis jelita itu 10 tahun lebih muda daripada Alex dan dia juga pernah berlakon bersama Alex dalam drama terbitan stesen televisyen MBC berjudul Pasta.

Baru-baru ini dalam satu temuramah, Alex mendedahkan sedikit informasi mengenai kekasihnya itu. Katanya: "Terima kasih kepada semua pihak yang sangat berminat dengan hubungan kami. Tahap hubungan kami setakat ini adalah kami masak dan makan bersama.

"Sejak kebelakangan ini kami kerap berjumpa. Terlalu banyak perhatian yang diberikan oleh media dan orang ramai terhadap hubungan cinta selebriti boleh membawa kepada kemusnahan hubungan itu. Jadi, saya harap doakan yang terbaik buat kami."

Alex yang juga pengacara untuk sebuah program masakan menyatakan: "Sejak kebelakangan ini saya jarang masak tetapi saya buat banyak kimchi dan sup rumpai laut untuk dikongsi bersama kekasih saya. Kadangkala jika mood saya gembira, saya akan masak pasta dan beli minuman keras."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: