Sunday, March 20, 2011

Juara Model Tudung Fareeda diumum hari ini


PESERTA akhir pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda bergambar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seramai 30 orang peserta akhir pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda bakal merebut gelaran juara yang akan diadakan di Plaza Masalam, Shah Alam di sini hari ini.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan akhir yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon berbakat dalam bidang fesyen terutama gaya tudung.

"Dalam pertandingan akhir yang berlangsung hari ini, pemenang akan dipilih berdasarkan wajah, cara menggayakan tudung dan penampilan mereka.

"Penilaian pemenang akan diadili oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen," katanya.

Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000.

Semua peserta yang berusia di antara 23 hingga 50 tahun itu akan berentap dalam dua kategori iaitu berumur 40 tahun ke bawah dan 40 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: