Tuesday, March 15, 2011

JomChat bersama Selebriti

MUDAH SEMBANG...(dari kiri) Zizan, Ana Raffali, Alya dan Aizat  pada majlis pelancaran JomChat bersama artis, semalam.
MUDAH SEMBANG...(dari kiri) Zizan, Ana Raffali, Alya dan Aizat pada majlis pelancaran JomChat bersama artis, semalam.
pix_topright

BANGSAR: Buat julung kalinya, akhbar harian nombor satu Malaysia, Harian Metro dan IDOTTV Sdn Bhd bergabung untuk merealisasikan program JomChat melalui SMS antara selebriti dan peminat di luar sana.

Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil berkata, JomChat adalah langkah alternatif terbaik untuk semua peminat berhubung secara langsung dengan artis kesayangan mereka melalui telefon bimbit masing-masing.

“Ia bermakna peminat yang melanggan program ini dapat bertanya khabar, mendapat informasi mengenai perkembangan seni malah mengajukan soalan berbentuk peribadi mengenai artis pujaan mereka itu.

“Bagi musim pertama JomChat, empat selebriti popular dipilih untuk menjayakannya iaitu Aizat, Ana Raffali, Alyah dan Zizan Raja Lawak,” katanya.Beliau ditemui di majlis pelancaran JomChat yang berlangsung di Tingkat 5, Balai Berita, di sini, semalam.Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Timbalan Pengarang Kumpulan HM, Abdul Ghafar Ismail.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IDOTTV Sdn Bhd, Firoz Mohd Noor dan Ketua Pegawai Operasi IDOTTV, Ahmad Azahari Pawan Teh.

Roslen berkata, aplikasi JomChat membolehkan interaksi dua hala secara langsung antara selebriti dan peminat.

“Ia menggunakan aplikasi yang sama seperti khidmat pesanan ringkas yang lain. Selain berkomunikasi secara santai dengan Aizat, Alyah, Ana Raffali dan Zizan, peminat yang melanggan juga akan menerima catatan diari mereka melalui ciri ‘fans alert’ yang ditawarkan dalam aplikasi JomChat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: