![]() |
| Sisi hadapan Honda Insight generasi kedua menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik dan bergaya. |
KENDERAAN hibrid kini menjadi antara topik hangat masyarakat di Malaysia apatah lagi selepas kerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai bagi kenderaan jenis itu.
Salah sebuah syarikat yang turut mengambil manfaat daripada insentif kerajaan itu ialah Honda melalui model Insight.
Menyedari Toyota terlebih dahulu bertapak dalam pasaran hibrid di negara ini melalui Prius, Honda pula berharap Insight mampu memberikan saingan.
Inovasi hybrid terkini dari Honda disasarkan untuk golongan eksekutif muda yang dilihat cukup dekat denga jenama Jepun itu kerana mereka meminati reka bentuknya yang lebih aerodinamik dan bergaya.
Honda Insight generasi kedua itu juga dibina berdasarkan empat ciri iaitu mesra alam sekitar, lebih praktikal, menyeronokkan dan mampu dimiliki.
Baru-baru ini Honda Malaysia Sdn. Bhd. dengan mengadakan sesi uji pandu Honda Insight bersama media dari Glenmarie, Shah Alam ke Ayer Keroh, Melaka.
Pemanduan lebih ekonomi
Daripada pandu uji itu, kuasa Insight Insight dapat dirasai. Ia menggunakan kuasa 1.3 liter enjin SOHC i-VTEC dapat meningkatkan pembakaran dan mengawal kecekapan bahan api.
Sepanjang perjalanan dari Glenmarie ke Port Dickson, Negeri Sembilan, didapati kenderaan ini cukup menjimatkan.
Pujian boleh diberikan kepada Honda Insight kerana perjalanan sejauh 160 kilometer dengan purata kelajuan 90 kilometer sejam (km/j) hanya menggunakan suku daripada tangki minyak.
Transmisi automatik berterusan (CVT) Insight pula memberikan pemanduan selesa dan lebih senyap sehingga ketika enjin dihidupkan, bunyi enjin langsung tidak kedengaran kecuali sedikit getaran apabila enjin bergerak.
Walaupun enjinnya berhenti ketika pemandu berhenti di lampu isyarat, fungsi lain seperti radio, penyaman udara dan sistem lain tetap berfungsi seperti biasa.
Di bahagian panel meter Insight, ia dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat elektronik bagi membantu pemandu melalui carta dan panduan ketika memandu.
Malah, panel meter itu boleh bertukar warna untuk menunjukkan tahap penggunaan bahan api kepada pemandu.
Jika panel meter itu menunjukkan warna hijau maka gaya pemanduan tersebut amat memuaskan. Jika ia berubah kepada warna biru gelap maka tahap pemanduan itu menunjukkan bahan api telah digunakan secara maksimum.
Insight yang bercirikan sebuah kenderaan ekonomi mampu menjimatkan bahan api dengan bantuan Ecological Drive Assist System (Eco Assist) yang mendorong mod Econ yang berkait rapat dengan komponen-komponen untuk memperbaiki kecekapan bahan api.
Butang mod Econ pada bahagian kanan pemandu itu mampu menyimpan tenaga kinetik semasa berhenti ataupun memberikan kuasa tambahan ketika memecut.
Monitor sistem IMA Insight yang dijadikan sebagai teras kenderaan hibrid tersebut turut digabungkan dengan kuasa 10 kilowatt (13 kuasa kuda) motor elektrik dan Kuasa Pintar Unit Padat (IPU) bagi meningkatkan penggunaan bahan api secara lebih ekonomi.
Antara ciri lain yang terdapat pada Honda Insight ialah seperti ruang dalaman yang selesa dengan enam tempat menyimpan bekas air, beg udara dan brek anti kunci dengan taburan brek elektronik (EBD) yang boleh mengurangkan kecederaan di bahagian pemandu dan penumpang depan jika terbabit dalam kemalangan.
Honda Insight boleh didapati dalam empat variasi warna mutiara iaitu putih, hitam, biru dan perak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: