
Namun, pengarah filem itu, Khir Abdul Rahman atau Khir Rahman, tidak patah semangat untuk menghasilkan filem dianggap ‘taboo’ dengan membicarakan tentang dunia gay dan homoseksual.
“Saya tahu kisah ini satu kisah ‘taboo’ di seluruh dunia. Tetapi kisah dipaparkan adalah kisah benar yang saya sampaikan dalam bentuk gambar bergerak untuk dikongsi kepada umum.
“Bukan mudah menterjemahkan karya yang benar-benar berlaku. Cabaran tentu ada menerusi sudut agama, sebagai rakyat Malaysia dan pembikin filem, saya perlu menjaga sensitiviti banyak pihak.
“Malah sebagai pembikin filem, saya perlu menghasilkan karya berkualiti kerana ia bukan sahaja ditonton rakyat Malaysia, tetapi mendapat perhatian pihak Library of Congress, Washington DC sehingga mereka meminta salinan filem ini untuk simpanan di sana,” katanya.
Sekalipun ada yang mengkritik karyanya, Khir berkata, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
Malah Khir tidak malu mengakui pernah menitiskan air mata kerana filem pertamanya itu.
“Saya tahu ada segelintir pihak sudah terbiasa dengan filem komersial, tidak menyukai karya saya, tetapi saya tidak kecil hati.
“Namun, saya mengakui pernah menitiskan air mata kerana terlalu gembira dan berbangga apabila ada pihak mengiktiraf karya saya dan mereka kagum dengan filem ini. Mereka faham apa yang cuba saya sampaikan,” katanya dalam perancangan untuk mengarah filem keduanya.
Quentin Tarantino Malaysia?
Selepas majlis pratonton ... Dalam Botol, pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) menyamakan Khir dengan pengarah, Quentin Tarantino.
Ditanya tentang perasaannya diberi pengiktirafan seumpama itu menerusi pelakon berpengalaman, Khir berkata, ia adalah pandangan peribadi Ogy.
“Saya terima dengan rasa syukur gelaran diberi kak Ogy kepada saya. Tetapi, masih banyak yang perlu saya pelajari. Namun, saya akan jadikan ia sebagai azimat untuk saya hasilkan karya lebih berkualiti selepas ini,” katanya yang berharap peminat dapat membuka mata dan belajar menerima filem pertamanya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: