Tuesday, March 22, 2011

Budak 'diculik' lima jam


BALJEET menunjukkan kereta Toyota Unser yang ditemui semula selepas dilarikan penjenayah pada sidang akhbar di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Sikap sambil lewa seorang kakitangan kerajaan meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya mengundang padah apabila kanak-kanak itu dilarikan selama lima jam oleh seorang penjenayah di pekan Pasir Panjang di sini kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia empat tahun tersebut bernasib baik apabila ditemui semula tanpa dicederakan bersama kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser di sebuah taman perumahan yang tidak berpenghuni di Masjid Tanah, Melaka. Jarak taman itu kira-kira 50 kilometer dengan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.25 malam apabila bapa kanak-kanak berusia 31 tahun itu meninggalkan mangsa bersendirian di dalam MPV tersebut ketika pergi membeli barang di sebuah kedai runcit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: