Thursday, March 3, 2011

6 aktivis Hindraf didakwa


PEGUAM BELA Augustine Anthony (kiri) bersama enam aktivis Hindraf (bermula tiga dari kiri) sebelum perbicaraan atas tuduhan menyertai perarakan haram di Mahkamah Majistret Ipoh semalam.


IPOH - Seramai enam aktivis pertubuhan haram Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyertai perarakan haram Februari lalu.

Tertuduh, P. Ramesh, 40; J. Vejayalingam; 51, S. Jayakumar, 47; G. Mogan, 44; N. Subramaniam, 48, dan S. Sivagumar, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Besar Jelapang di sini antara pukul 9.30 pagi hingga 11.03 pagi pada 13 Februari 2011.

Kesemua tertuduh yang berasal dari sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: