![]() |
| Yaw Seng Heng menunjukkan sistem Colour Creations Dispensing Machine bagi membantu orang ramai memilih pelbagai warna yang mereka mahukan. |
PERSEKITARAN mesra alam, pembangunan serta pemuliharaan alam semula jadi telah lama menjadi topik yang diperkatakan di mana-mana jua.
Dalam usaha untuk mengekalkan kehijauan dan keindahan alam sekitar khususnya di negara ini dan dunia amnya, ia memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak.
Justeru, usaha ini telah disambut oleh sebuah syarikat cat ternama, Nippon Paint Malaysia (NPM) yang telah mengeluarkan beberapa produk serba maju di bawah Rangkaian Pilihan Hijau bagi produk mesra alamnya.
Menurut Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, Rangkaian Pilihan Hijau melambangkan komitmen syarikat itu untuk terus memajukan teknologi cat dan memupuk masyarakat lestari dalam memulihara alam sekitar demi meningkatkan kualiti kehidupan.
''Matlamat syarikat adalah untuk mendidik pengguna dan membantu mereka mengenal pasti produk cat mesra alam dengan mudah.
''Justeru, NPM telah mengeluarkan cat Nippon Odour-less Premium All-In-One yang merupakan cat emulsi hampir tiada bau volatile Organic Compound (VOC) yang pertama di Malaysia untuk kegunaan dalaman pada tahun 2006.
''Manakala Nippon Weatherbond Solarflect dan juga Nippon Solaroof dirumuskan dengan teknologi tabir suria yang memantulkan haba dan menyejukkan bangunan bagi menghasilkan suhu dalaman yang lebih rendah, persekitaran yang lebih selesa dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga,'' katanya.
Ujarnya, cat luar ini dirumuskan supaya kurang berbau dan mengandungi VOC yang sangat rendah yang menjadikannya cat yang mesra alam.
Malah, produk seperti Nippon Spot-less ini bukan sahaja cat yang mesra alam tetapi juga sejenis cat yang mudah dicuci dan amat tahan lama.
Seng Heng memberitahu, berdasarkan usaha yang diambil oleh NPM dalam membantu alam persekitaran, syarikat ini pernah menerima Anugerah Kecemerlangan Hijau Frost & Sullivan kerana produk mesra alam yang dikeluarkan syarikat berkenaan pada tahun 2009.
''Ia mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam menggalak dan memperjuangkan usaha kelestarian alam sekitar di dalam industri cat.
''Kesungguhan ini juga bukti NPM akan terus mempelopori dan membangunkan produk bermutu yang mesra alam sebagai langkah untuk mengurangkan sebarang kesan buruk kepada alam sekitar, terus menambah baik prestasi alam sekitar menerusi inisiatif seperti mengurangkan penggunaan air, memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi dengan cara paling cekap," katanya.
Seng Heng berkata, usaha NPM itu adalah bersesuaian dengan matlamat penggunaan produk yang baik akan mengurangkan ancaman bahaya kepada alam sekitar dan penghuninya.
''Orang ramai perlu memulakan usaha menghijau dan menjaga alam sekitar dengan menggunakan produk-produk yang terpilih yang bersesuaian dengan keadaan kehijauan dan kesejahteraan yang semua orang kehendaki.
''Kami juga boleh membantu orang ramai dalam memilih pelbagai warna yang mereka mahukan menerusi Colour Creations Dispensing Machine dan pembantu-pembantu pelanggan kami. Jika anda mahukan bantuan boleh hubungi talian 1800-88-2663 untuk mendapatkan perkhidmatan,'' katanya.
Ditubuhkan pada tahun 1967, Seng Heng memberitahu, NPM mengeluarkan cat dan cat lapisan untuk kegunaan rumah dan perindustrian. Setakat ini NPM mempunyai empat kilang pengeluaran di Malaysia. Dua daripadanya terletak di Shah Alam, sebuah di Johor Bharu dan sebuah lagi di Kota Kinabalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: