Saturday, April 10, 2010

Jeff Beck Menginsuranskan Jari-Jarinya 7 Juta Paun!

PEMAIN gitar Jeff Beck telah menginsuranskan setiap jarinya sebanyak 700,000 paun selepas tidak sengaja memotong bahagian hujung satu jari.

Media melaporkan Beck mengalami kemalangan itu ketika memotong lobak merah di rumahnya di Sussex.

Doktor menjahit semula bahagian hujung jari indeks kiri tetapi dia terpaksa bersusah payah menghabiskan rakaman album barunya, 'Emotion' dan 'Commotion'.

Jeff Beck membuat persembahan konsert di Madison Square Garden pada 18 Februari 2010 di New York.

Ekoran insiden tersebut, Beck meningkatkan nilai perlindungan insurans jari-jarinya sebanyak lima kali ganda. Ini menjadikan jumlah perlindungan semua jarinya kepada 7 juta paun.

Sumber terdekat kepada bintang handalan itu berkata: "Jef sedang memasak sayur secara rendidih apabila dia terpotong jarinya.

"Mujur doktor dapat menyelamatkan jari itu. Tetapi dia tidak ingin mengambil sebarang risiko lagi dan seterusnya meningkatkan nilai insurans jari-jarinya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: