Sunday, January 10, 2010

Trio pukau 'Arab Celup' ditangkap


KERATAN muka depan Kosmo! 10 Disember 2009.


KUALA TERENGGANU - Selepas sebulan hidup bebas dengan hasil barangan kemas curi bernilai hampir RM1 juta di sini bulan lalu, tiga warga asing termasuk seorang wanita akhirnya ditangkap.

Namun, jika mangsa dan polis yakin kumpulan penyamun yang dicari adalah Pak Arab, mereka sudah tertipu.

Ini kerana dua lelaki yang ditangkap itu masing-masing rakyat Sepanyol dan Mexico manakala rakan subahat wanita itu dari Guatemala.

Kesemuanya berusia dalam lingkungan 30-an dan ditangkap di bandar ini pada Khamis lalu hasil intipan polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: