|
|
AMES Selvaraj, 55, aktif bermain golf sejak 25 tahun lalu. Lazimnya, dia berada di padang golf empat kali seminggu. Tetapi tidak lagi sekarang. Dia hanya mampu turun padang dua kali seminggu kerana mengalami masalah untuk menghayun kayu golfnya. Kesemuanya itu disebabkan oleh sakit lutut yang amat menyeksakan.
Seorang lagi pemain golf, Zak Effendi, berasa sangat tertekan apabila duduk bertinggung untuk melihat pukulannya. Ketidakupayaan itu menjejaskan handikap beliau keseluruhannya. Ini merupakan cabaran biasa yang dialami oleh ramai pemain golf di seluruh dunia.
Walaupun golf tidak tersenarai sebagai sukan "berimpak tinggi" namun tidak harus ada tanggapan bahawa tekanan yang dibebankan ke atas sesuatu bahagian badan tidak begitu kuat. Kecederaan biasa akibat bermain golf termasuklah yang melibatkan bahagian bawah belakang, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut.
Lutut merupakan sendi yang sangat rapuh. Ia tidak dibina berasaskan otot-otot yang besar serta liang soket yang luas. Ia merupakan sambungan lembut dan halus cuma disangkut kepada tulang paha dengan menggunakan beberapa urat rawan.
Yang paling utama semasa melakukan hayunan golf adalah pemindahan berat badan daripada kaki belakang pemain ke kaki hadapan, dengan disokong hanya oleh kedua lutut. Setelah pemain menguasai permainan, hayunan menjadi bertambah laju dengan kebingkasan lebih kuat. Keadaan itu menjana ketegangan yang amat kuat ke atas kedua lutut pemain itu.
Walaupun ia direkabentuk untuk membengkok ke hadapan, kemudian kembali semula ke posisi asalnya, ia secara tidak kebiasaan boleh bergerak dari kiri ke kanan, membebankan tekanan ke atas sendi. Sebab itulah lutut merupakan salah satu sendi yang paling kerap ditimpa kecederaan dalam dunia sukan. Kita telah menyaksikan beberapa pemain golf terkemuka di dunia menderita kecederaan lutut menyebabkan mereka tidak dapat menyertai pertandingan dalam tempoh yang panjang.
Kesihatan lutut dalam permainan golf tidak begitu menonjol berbanding sekarang. Ia bukan hanya melibatkan golongan profesional sahaja, para pemain amatur juga menghadapi masalah yang sama.
Dr. Brian Halpern, doktor pakar dalam bidang kecederaan sukan di Hospital Pembedahan Khas di New York pernah mengisytiharkan 'krisis lutut' di kalangan pemain golf.
Masalah lutut di kalangan pemain golf
Osteoartritis -
Osteoartritis mungkin disebabkan oleh kecederaan lama, genetik, penjajaran tubuh badan yang tidak sempurna, mikrotrauma yang berulang (seperti menghayun kayu golf berkali-kali) ataupun oleh kerana kehausan dan kelusuhan. Akibatnya adalah kesakitan, kekejangan atau kebengkakan.
Lutut yang terkena penyakit artritis boleh meradang semasa melakukan hayunan dan pemulasan berulang kali yang diperlukan dalam permainan golf, malahan hanya berjalan-jalan di padang golf sekalipun. Agak menarik, penyakit artritis kini melanda para pesakit muda.
Meniskus terkoyak - Meniskus adalah penyerap hentakan berbentuk "C". Ia boleh terkoyak walaupun kita hanya melakukan pusingan kecil berulang kali atau melakukan duduk bangun dan bertinggung.
Tendinitis - Otot tendon di sekeliling lutut boleh membengkak dan menjengkel akibat penggunaan berlebihan dan keterikan yang berulang-ulang.
Para pemain golf tidak terkecuali apabila menghadapi kesakitan lutut.
Apakah yang boleh dibuat untuk mencegah kesakitan lutut dan kecederaan?
Glukosamin - ramuan semula jadi dijumpai dalam rawan yang sihat. Glukosamin merupakan sebatian normal dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Nutrien ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan pemain golf yang telah haus dan lusuh.
Kondroitin ialah sejenis polisakarida yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan ia bertanggungjawab terhadap ketahanan dan kebingkasan rawan. Ia bertindak sebagai "magnet air". Keupayaan kondroitin untuk menahan air memberi ketegasan kepada rawan dan juga bertindak sebagai 'penyerap hentakan.'
Mengambil suplemen Glukosamin dan Kondroitin boleh membantu untuk melegakan sakit lutut, membina semula rawan dan memperbaiki keanjalan.
Dalam tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 adalah jauh lebih berkesan untuk merawat Osteoartritis lutut yang sederhana sehingga kepada yang lebih tenat, berbanding dengan ubat (celecoxib) anti radang yang berpotensi tinggi, malah demikian juga jika dibandingkan dengan Glukosamin biasa yang diambil secara berasingan.
Pengambilan suplemen Glukosamin dan Kondroitin didapati bermanfaat juga untuk pencegahan Osteoartritis. Suplemen nutrisi ini boleh diambil dengan selamat tanpa sebarang kesan sampingan. Apabila umur kita semakin meningkat, maka risiko Osteoartritis dan kesakitan lutut juga turut meningkat. Oleh itu, ramai pemain golf yang aktif, yang umur mereka kini menghampiri 50-an, memulakan pengambilan harian suplemen Glukosamin dan Kondroitin secara berdisiplin untuk mencegah kehancuran rawan sendi dan kemunculan kesakitan lutut akibat serangan Osteoartritis.
Selepas dua bulan menambah Glukosamina dan Chondroitin kepada suplemen harian mereka, James kembali semula ke padang golf dengan penuh keyakinan, manakala Puan Penny pula mendapati menaiki bukit tidak lagi menjadi cabaran seperti dahulu. Zak gembira kerana lututnya tidak lagi perit seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: