Monday, January 11, 2010

Penyanyi kelahiran Astro menang Juara Lagu TV3


YUNA (dari kiri), Aizat, Black bersama hadiah masing-masing pada AJL ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR - Menepati ramalan ramai, lagu Pergi ciptaan Amran Omar dan Pete Teoh yang dinyanyikan oleh Aizat dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL ke-24) di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Aizat, 21, membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000. Ia merupakan antara jumlah hadiah yang tertinggi sepanjang penganjuran AJL sejak 24 tahun lalu.



"Saya sungguh tak sangka dengan kemenangan ini. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada peminat yang menyokong saya," kata penyanyi Akademi Fantasia Astro itu selepas diumumkan sebagai juara.

Selain Anugerah Juara Lagu, Aizat turut membawa pulang wang tunai RM10,000 apabila memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Kau Aku ciptaannya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: