Wednesday, January 27, 2010

Mohamed Arif bagai hot chocolate


DR. Mohamed Arif Nun tetap bertenaga melakukan persembahan kategori shine secara solo dengan berkeyakinan.


Tidak lama kemudian basikal itu menjadi tempat ampaian baju sehinggalah beliau menemui keghairahan dan semangat Festival Salsa Cuba ketika bercuti di Sydney, Australia lewat tahun 1990-an.

Bukan sahaja salsa tidak mendiskriminasi usia atau saiz penari malah ia juga merupakan kaedah senaman yang efektif.

"Saya berjaya mengurangkan 10 kilogram sejak mengikuti latihan salsa dengan kerap," ujarnya yang memiliki koleksi lebih 200 cakera padat (CD) muzik salsa.

Di rumahnya juga, beliau memperuntukkan sebuah bilik yang diubah suai kepada studio tarian mini untuknya dan isteri berlatih.

Kim yang merupakan Pengetua pusat pembangunan kanak-kanak turut memberi sokongan moral dan sering mengikutinya ke luar negara untuk menyertai pelbagai pertandingan salsa.

Pada masa yang sama Mohamed Arif juga mengisi masa terluang dengan berkongsi buah fikirannya dan memberi komen terhadap perkembangan isu-isu semasa berkaitan korporat dan politik menerusi blog http://arifnun.com.

kesungguhan

"Beliau tidak mengenal penat. Sering mengikuti latihan dengan bersungguh-sungguh dan menjadi penghibur utama di setiap pertandingan yang kami sertai bersama," kata Gavin, Pengetua Studio Tarian Outcast.

Mohamed Arif merupakan antara pelajar kesayangan Gavin kerana menunjukkan semangat, minat, kesungguhan dan menghasilkan koreografi kreatif tersendiri untuk pertandingan disertainya.

Meskipun sering dilihat dipersembahkan berpasangan namun terdapat bentuk solo atau dikenali sebagai shine apabila penari memperlihatkan bakatnya secara solo kepada para penonton.

Salsa merupakan tarian genre sinkretik dari Caribbean yang menggabungkan pengaruh tarian Afrika dan Eropah menerusi muzik.

Terdapat beberapa jenis gaya tarian salsa dilakukan mengikut pengaruh New York, Dominican Republic, Puerto Rico, Nicaragua dan Panama.

Gaya New York, contohnya menekankan kepada tahap efisien pergerakan, keanggunan dan keterasingan tubuh.

Dengan fokus terhadap kawalan, masa dan ketepatan teknik, penari mahukan perlaksanaan lancar seperti paten kompleks yang ditenun rapi.

Juga dipanggil New York On 2, iaitu memberi tumpuan kepada paten drum conga (tumbao) yang menggalakkan penari mengikuti elemen muzik gendang.

Penari profesional seperti Gavin bersetuju bahawa gaya ini banyak mencerminkan warisan Afro-Caribbean pada muzik salsa.

Justeru salsa New York On 2 telah lama mendominasi pertandingan mambo dan salsa di seluruh dunia sejak bertahun-tahun lamanya.

Sejak Disember tahun lalu, Studio Tarian Outcast menawarkan kelas tarian salsa (New York On2, New York On1, Cuba dan Columbia), hip-hop, tarian gelek, ballroom latin, Afrika Barat dan Afro-Carribean.

Gavin juga merupakan pengasas Outcast Dance Movement iaitu pasukan persembahan profesional yang terdiri daripada bakat-bakat tempatan terhebat.

Kumpulan tersebut membuat persembahan di dalam dan luar negara dengan mempamerkan koreografi yang asli, berkemahiran, bersemangat dan setia pada warisan salsa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.outcastdance.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: