Monday, January 25, 2010

Anang Mengaku Belum Punya Kekasih

SIBUK menyanyi di banyak tempat membuat bekas suami Krisdayanti, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah terpaksa mengurangkan perhatian dan kasih sayangnya untuk kedua-dua anaknya, Aurel dan Azriel.

Justeru, Anang menyedari dirinya harus segera bernikah. Sayangnya hingga kini Anang mengaku belum mempunyai kekasih.

"Satu-satu penyelesaian supaya anak-anak tidak kurang perhatiannya adalah segera mempunyai pasangan. Tapi saya belum tahu, lihat sahaja nanti," jelasnya kepada detikhot.com ketika ditemui di Pondo Gede, Jakarta Timur, kelmarin.

Kesibukannya sebagai penyanyi yang berstatus duda benar-benar mencemburui masanya. Berhubung khabar angin mengenai dirinya sedang menjalin asmara dengan seorang wanita Malaysia, Anang mengaku dia baru mendengarnya.

“Orang Malaysia yang mana? Saya tidak tahu, gosip sahaja ni,” ujarnya sambil tersenyum.

Belum mempunyai kekasih tidak membuatkan Anang patah semangat. Dia terus bekerja untuk membahagiakan anak-anaknya serta memiliki rumah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: