BAGAN SERAI - Tindakan jijik seorang peniaga menjemur sotong kering di atas jalan tar tanpa beralas dan terletak berdekatan tong sampah di Pasar Awam Bagan Serai, di sini mendapat perhatian serius Majlis Daerah Kerian (MDK).
Berikutan itu, Setiausahanya, Mohd Razif Ramli menegaskan satu notis peringatan di bawah Undang-undang Kecil Kebersihan Awam MDK 1984 dikeluarkan terhadap peniaga berkenaan bagi meminta tindakan mengalihkan produk makanan dijemur dengan serta-merta.
Menurutnya, arahan itu kemudiannya dipatuhi peniaga berkenaan dan pemeriksaan lanjut anggota penguatkuasa MDK mendapati tiada lagi makanan berasaskan sotong kering dijemur di lokasi tersebut.
“Siasatan awal MDK mendapati peniaga itu sudah lama menyewa premis niaga di Pasar Awam Bagan Serai dan berniaga produk makanan kering," katanya.
Mohd Razif berkata, MDK difahamkan tindakan tidak bertanggungjawab menjemur produk makanan di atas jalan oleh anak peniaga terbabit hanya dilakukan baru-baru ini sahaja dan secara kebetulan disedari seorang pengunjung pasar awam sebelum diviralkan dalam laman sosial.
“Berikutan notis diterima, peniaga terbabit sudah berjanji akan patuh dan tidak akan melakukannya lagi, malahan dia difahamkan bersedia berjumpa dengan Yang Dipertua (YDP) MDK, Abdul Khair Ahamad bagi mengemukakan permohonan maaf,” katanya.
Razif berkata, peniaga-peniaga di Kerian dinasihatkan menitikberatkan aspek kebersihan dalam menyediakan produk makanan dijual, lebih-lebih lagi produk itu turut dibeli masyarakat Islam.
"Sebagai contoh, peniaga makanan kering sepatutnya meletakkan produk makanan dijemur di atas para khas dan tidak dijemur di lokasi terbuka yang menjijikkan.
“Sepatutnya aspek kebersihan perlu dititikberatkan semua pihak tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Lebih-lebih lagi melibatkan produk makanan yang mampu mendatangkan mudarat kepada pengguna sekiranya aspek kebersihan diabaikan," katanya.
Selain itu katanya, dia turut meminta orang awam supaya sentiasa beringat bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan tidak semata-mata menyerahkannya kepada PBT,.
Kelmarin, perbuatan jijik seorang peniaga di Pasar Awam Bagan Serai yang menjemur produk sotong kering di atas jalan di belakang bangunan itu tanpa sebarang alas menjadi viral setelah dikongsi seorang individu di laman sosial.
Tindakan peniaga berkenaan yang turut menjemur sotong kering berdekatan tong sampah MDK mengundang kecaman ratusan netizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.
Seorang netizen, Mohd Fadhil, 24, berkata, perbuatan peniaga itu dipercayai sudah berlarutan lama dan sikap sambil lewa orang ramai mungkin menjadi punca peniaga itu terus melakukannya tanpa rasa bersalah.
Menurutnya, tindakan individu memuat naik gambar peniaga terbabit di dalam laman sosial dianggap wajar bagi memberi kesedaran terhadap penduduk tempatan mengenai tahap kebersihan makanan dijual.
“Selain itu, tindakan menviralkan perbuatan peniaga terbabit sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga untuk lebih memandang berat aspek kebersihan dalam penyediaan produk makanan dijual.
“Lokasi berhampiran tong sampah pastinya mengundang kehadiran anjing dan kucing untuk mencari makanan.
“Kebimbangan saya sebagai pengguna adalah kemungkinan makanan dijemur turut bercampur dengan najis atau air kencing haiwan terbabit yang bermain-main di lokasi jemuran dan saya berharap pihak berwajib dapat memantau keadaan itu secara berterusan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: