PASIR MAS - Biarpun berdepan musim kemarau kesan fenomena El-Nino, namun para peserta di bawah Projek Tanah Pemulihan Terbiar (PTTT) Kampung Slow Teliar, Bunut Susu mampu menarik nafas lega apabila tanaman tembikai wangi yang diusahakan mengeluarkan hasil berlipat kali ganda berbanding tahun lalu.
Seorang peserta Muhammad Firdaus Adnan, 26, berkata, musim kemarau sama sekali tidak menjejaskan projek yang diusahakannya itu, malah hasil pengeluaran kali ini lebih baik.
“Musim lalu saya hanya mampu meraih hasil sekitar 11 tan metrik, namun kali ini jumlah itu telah meningkat kepada 15 tan metrik. Alhamdulillah, walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca panas namun ia tidak menjejaskan tanaman tembikai wangi yang diusahakan," katanya.
Menurutnya, apa yang membanggakan kualiti buah yang dikeluarkan lebih baik dan manis berbanding sebelum ini.
Muhammad Firdaus berkata, musim kemarau juga banyak membantu dalam kawalan penyakit pada pokok bagi tahun ini.
“Musim kemarau menyebabkan penyakit pada pokok menjadi kurang dan ia memudahkan lagi proses penjagaan. Bagaimanapun, kami para petani di kawasan ini mengharapkan hujan turun buat seketika bagi memberikan lebih kesegaran pada anak pokok,” katanya.
Seorang lagi peserta Abdullah Yaakob berkata, hasil tanaman yang diusahakannya turut bertambah berbanding sebelum ini.
“Sebelum ini saya hanya dapat sekitar 12 tan metrik, namun kali ini bertambah kepada 15 tan metrik. Walaupun, kemarau kali ini agak panjang, namun hasil yang diperoleh cukup baik. Inilah yang dikatakan rezeki di musim kemarau,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: