KOTA BHARU - Kepayahan wartawan Sinar Harian, Rosmiza Kasim menghasilkan rencana bertajuk Nasib Sang Sepit Biru berbaloi apabila dinobatkan sebagai johan kategori Anugerah Rencana Alam Sekitar Terbaik pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2015, kelmarin.
Rosmiza yang ditemui selepas majlis berkata, dia memperuntukkan lebih dua bulan untuk menyelami isu berkenaan apabila beberapa kali merentasi Sungai Kelantan di tengah malam dalam usaha menjejaki spesies yang semakin pupus itu.
“Alhamdulillah, usaha saya berbaloi apabila rencana saya dinobatkan sebagai juara malam ini,” katanya yang menerima hadiah tunai RM1,000 dan plak serta sijil tajaan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu.
Sementara itu, wartawan Sinar Harian, Siti Fatihah Awang pula dinobatkan sebagai naib johan Anugerah Pelancongan Terbaik menerusi artikel Nostalgia Padang Bas, sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM600, plak dan sijil tajaan Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.
Dalam pada itu, wartawan sukan Sinar Harian, Mazram Idzam Ridzal Mahmud berjaya membawa pulang RM600, plak dan sijil tajaan Vida Beauty selepas dinobatkan naib johan kategori Sukan Terbaik menerusi artikel Budu Bintang Golf Baharu.
MAKK 2015 anjuran Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) dirasmikan Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Muhammad Abdul Ghani, dan Presiden Kemudi, Mohd Zailani Abd Rahman.
Ikmal Hisham dalam ucapan perasmiannya mengingatkan petugas media agar tidak melaporkan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan setiap pendedahan dilakukan perlulah tepat.
Menurutnya, tugas media bukan sahaja melaporkan, sebaliknya memperbetulkan sekiranya ada yang bercanggah, selain bertindak sebagai ejen dalam menyatukan masyarakat secara keseluruhannya.
MAKK 2015 turut menobatkan Rosmiza sebagai Maharani manakala Azman Mahmood dari Berita Harian sebagai Maharaja

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: