MARANG - Bagi nelayan di daerah ini, Mei adalah bulan dinanti-nantikan kerana perairan Laut China Selatan di sini akan memberikan rezeki berganda berbanding bulan lain.
Nelayan pantai malah nelayan laut dalam akan ke laut menangkap sebanyak mungkin hasil laut terutama sotong yang membanjiri perairan berkenaan sepanjang Mei sekali gus memberi keuntungan berganda.
Nelayan, Azman Idris, 37, yang ditemui di Pulau Kekabu, di sini, semalam, mengakui ketika ini mereka mampu menaikkan sotong dalam kuantiti lebih banyak dalam tempoh semalaman berada di laut berbanding hari biasa.
“Pada musim mencandat sotong ini kami berpeluang meraih pendapatan lebih kerana purata hasil tangkapan yang berjaya dijual agak lumayan dan saya dan rakan pernah meraih pendapatan sehingga RM400 dalam tempoh semalaman.
“Namun, disebabkan saya tidak mempunyai bot sendiri dan hanya menumpang bot rakan, keuntungan itu dibahagi dua iaitu RM200 seorang. Jumlah itu sudah cukup banyak bagi seorang nelayan seperti saya,” katanya.
Difahamkan sotong yang dicandat dijual kepada pemborong dengan harga RM20 sekilogram sebelum hasil makanan laut itu dipasarkan di sekitar daerah ini pada harga pasaran semasa.
Sementara itu, nelayan laut dalam, Mohamad Awang, 60, pula berkata, pengusaha bot laut dalam juga meraih hasil pendapatan tambahan memandangkan mereka turut menyewa bot mereka kepada pelancong yang ingin mencandat.
Menurutnya, kadar sewa yang dikenakan bergantung kepada jumlah peserta dan tempoh masa diinginkan, namun caj dikenakan masih berpatutan walaupun tidak tetap bergantung kepada budi bicara pemilik bot.
“Mereka (pelancong) bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana pemilik bot di daerah ini tidak akan mengenakan caj melampau kerana mereka telah menetapkan kadar itu selepas dipersetujui secara bersama,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: