Monday, May 23, 2016

Herba resdung kayu manis



Herba resdung kayu manis
Produk Herba Resdung Kayu Manis boleh dibeli secara set atau berasingan.
SEBUT sahaja kayu manis, pasti ramai sudah tahu rupa bentuk rempah ratus ini yang sering digunakan sebagai bahan dalam masakan.
Selain rempah masakan, umum sedia maklum, kayu manis juga sering menjadi pilihan untuk tujuan perubatan, selain digunakan secara tradisional bagi membantu mengurangkan masalah resdung.
Sebelum ini, bagi mengurangkan penyakit resdung, kita terpaksa mengikis kulit kayu manis untuk mendapatkan serbuknya atau membeli serbuk kulit kayu manis, sebelum membancuh atau membalutnya dengan kain bersih.
Namun, kini dengan inovasi dilakukan Suri Niaga Resources, diterajui Pengarah Urusannya, Suhaily Hamzah, rawatan resdung menggunakan kayu manis menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Produk dikeluarkan Suhaily adalah minyak resdung, sabun herba resdung dan bedak resdung, menerusi jenama Herba Resdung Kayu Manis.
Suhaily berkata, idea untuk menghasilkan produk tersebut mula tercetus apabila anaknya kerap bersin akibat resdung dan mukanya ditumbuhi jerawat.
“Saya tanya pada emak, apa yang patut dibuat untuk merawat masalah anak saya dengan menggunakan bahan tradisional.
“Kemudian emak suruh saya asah kayu manis untuk diambil serbuknya, sebelum digunakan pada kawasan tertentu seperti jerawat atau dibalut dengan kain bersih, sebelum digosok pada jari dan hidu berkali-kali.
“Ia boleh mengurangkan resdung, hidung tersumbat, muka berjerawat dan gatal-gatal di muka,” katanya.
Bermula dari situ, Suhaily mula menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) sendiri pada 2013, untuk mengolah produk yang sesuai digunakan, dengan menggunakan kayu manis sebagai bahan utamanya.
Sesuai untuk semua
Produk Herba Resdung Kayu Manis mula memasuki pasaran setahun kemudian, selepas mendapat maklum balas yang sangat positif daripada anaknya dan testimoni pelanggannya.
Menariknya, Herba Resdung Kayu Manis sesuai digunakan semua orang tanpa mengira jantina dan usia.
Suhaily berkata, walaupun si pemakai tidak menghidap resdung, mereka masih lagi boleh memakainya untuk mengecutkan jerawat dan mengatasi jeragat.
Beliau berkata, setiap produk Herba Resdung Kayu Manis itu mempunyai fungsinya yang tersendiri.
“Minyak resdung kayu manis berfungsi melegakan resdung, gatal-gatal hidung, hidung tersumbat, bersin dan sakit kepala, manakala sabun herba resdung kayu manis pula membantu mengurangkan kulit yang bermasalah seperti gatal-gatal kulit, resdung, jerawat, anti bakteria, jeragat, belakang badan, gatal kulit kepala dan lain-lain.
“Bedak resdung herba kayu manis pula membantu dalam mengatasi kulit bermasalah seperti gatal-gatal kulit akibat resdung pada wajah, sekali gus mengembalikan keremajaan kulit. Ia juga sesuai dijadikan sebagai masker wajah,” katanya.
Menurutnya, setiap produk Herba Resdung Kayu Manis keluaran Suri Niaga Resources ini turut disertakan cara penggunaannya untuk memudahkan pelanggan.
Terjual lebih 10,000 set
Sejak mula dipasarkan, produk Herba Resdung Kayu Manis terjual lebih 10,000 set di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Suhaily berkata, Herba Resdung Kayu Manis itu dijual dalam satu set yang merangkumi tiga produk tersebut, dan pada masa yang sama, turut dijual berasingan.
“Jika pelanggan membeli satu set Herba Resdung Kayu Manis, mereka boleh dapat tawaran harga promosi RM59.90 berbanding harga asalnya, RM95.70.
“Namun jika ia dibeli secara berasingan, bedak herba resdung dijual pada harga RM35.90, sabun herba resdung (RM24.90) dan minyak resdung (RM29.90),” katanya.
Produk Herba Resdung Kayu Manis itu boleh didapati di dua cawangan Suri Niaga Resources di Medan Mara dan Setiawangsa, Kuala Lumpur, selain menerusi 20 ejen jualan yang dilantik di Pulau Pinang dan Kelantan.
Suhaily berkata, beliau tidak bercadang untuk memasarkan produk itu di kedai atau toko-toko jamu di seluruh negara, demi menjaga kualitinya.
“Tambahan pula, kami mengehadkan pengeluaran produk ini iaitu hanya sekitar 300 set sahaja sebulan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: