JERANTUT - Nama Sungai Pahang sebagai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tidak mustahil akan terpadam dalam lipatan sejarah negara sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil langkah yang tegas untuk menangani masalah penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed berkata, ini kerana Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam itu sehingga lupa kepada implikasinya.
"Ramai yang mengaitkan punca sungai ini cetek disebabkan El Nino, pemanasan global. Benda tu pada skala dunia, memang boleh jadi ada impak, tetapi persoalannya berapa peratus.
"Isunya kini ia lebih daripada itu, lebih kepada faktor tempatan iaitu pengurusan kawasan tadahan air tempatan.
"Impaknya kini dirasai oleh penduduk dan ini terbukti apabila Sungai Kancing yang sebelum ini dapat membekalkan air kepada masyarakat sehingga ke Kampung Bantal sudah tidak dapat lagi berbuat demikian.
"Sehubungan itu, sudah sampai masanya untuk kerajaan negeri dan pusat bekerjasama cari jalan penyelesaian bagaimana nak perbetulkan masalah ini," katanya selepas menyertai Misi Selamatkan Kawasan Tadahan Air Negara di Ulu Tembeling baru-baru ini.
Misi berkenaan disertai oleh 150 anggota yang terdiri daripada pakar alam sekitar dan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Persatuan Pelindung Alam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, dan Jaringan Orang Asli Pahang.
Hasil misi yang dijalankan selama tiga hari bermula 13 Mei lepas itu menunjukkan jelas kelihatan berlaku kegiatan penerokaan hutan tanpa kawalan di kawasan Gunung Dulang termasuk pembersihan hutan menggunakan kaedah 'cuci mangkuk' untuk penanaman sawit di Lembah Sungai Kembir.
Ia dilakukan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri melibatkan kawasan seluas 8,093 hektar sehingga mengakibatkan kawasan tadahan air semulajadi di Sungai Kancing yang membekalkan air masyarakat kepada penduduk Kampung Mat Daling selama ini terjejas.
Serpihan-serpihan balak yang telah lama berada di dalam anak-anak sungai menyebabkan saluran air tersumbat dan ada anak sungai yang telah kering dan 'mati'.
Faktor itu juga dipercayai menjadi punca air tidak dapat mengalir ke Sungai Tembeling menyebabkan ia menjadi semakin kontang dan menghitung detik untuk mengalami nasib yang sama.
Maketab berkata, keadaan Sungai Pahang dan Sungai Tembeling yang cetek bukan hanya memberi kesan kepada sumber bekalan air kepada penduduk tetapi turut mengancam ekosistem di kawasan itu termasuk hidupan air seperti ikan sungai.
"Bukan hanya kuantiti air sungai berkurang, tetapi kualiti air juga semakin keruh dan ini akan memberi kesan kepada habitat di dalam sungai seperti ikan yang kita tahu melakukan persenyawaan di luar iaitu di celah-celah batu.
"Jika sungai tercemar sudah tentu ia tidak boleh bertelur dan ini akan mengakibatkan kepupusan habitat itu sendiri. Walaupun kita sekarang berada di 'border line' namun masih belum terlambat untuk perbetulkannya," katanya.
Menurutnya keadaan kontang yang dialami oleh kedua-dua sungai itu sekarang, hanya boleh kembali normal dalam tempoh lima tahun jika langkah proaktif mengatasi masalah itu dilakukan sekarang.
Ia termasuk menggunakan kaedah pengurusan hutan secara lestari iaitu melakukan penanaman semula pokok hutan di kawasan yang ditebang, mengelakkan penanaman sawit di kawasan berbukit, serta menetapkan zon penampan sejauh 50 meter dari setiap anak sungai.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusian Universiti Malaysia Pahang Dr Hasmadi Hassan berkata faktor kegiatan manusia seperti pembalakan, pembukaan tanah pertanian, serta aktiviti pembuangan sisa sampah ke sungai boleh menyebabkan sungai tercemar dan semakin cetek.
"Begitu juga, apabila kawasan hutan semakin botak dan gondol akibat aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan apa sekali pun maka semakin kurang efisyen fungsi hutan itu untuk berperanan sebagai kawasan tadahan hujan," katanya.
Bagaimanapun katanya untuk menentukan faktor yang paling dominan menyebabkan Sungai Pahang dan jaringan Sungai Tembeling semakin cetek, kajian saintifik perlu dilakukan dengan mengumpul data-data empirikal, ujian makmal, ujian hipotesis tertentu bagi mendapatkan hasil kajian yang bersifat ilmiah dan signifikan.
Seorang lagi pensyarah kanan daripada fakulti yang sama Dr Jamal Rizal Razali pula berkata, setiap aktiviti pembangunan yang dilakukan secara berlebihan termasuklah dalam soal penerokaan hutan, pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada hidupan kawasan yang terlibat.
"Analoginya ibarat nasi yang memberikan tenaga pun jika dimakan berlebihan juga boleh mendatangkan bahaya serta penyakit, seperti diabetes.
"Begitulah juga dengan alam ini yang sebelum ini amat kaya dengan flora dan faunanya, jika diambil hasilnya secara berlebihan, berterusan dan berleluasa maka ia akan mengalami kepupusan dan 'kematian'.
"Kepupusan flora dan fauna bukan hanya terhenti setakat itu sahaja tetapi implikasi terbesarnya pula akan terpalit kepada diri kita sendiri dan generasi seterusnya. Kadang-kala kita sebenarnya tahu akan keburukannya namun itulah juga yang kita lakukan. Ini soal sikap manusia," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: