KUALA KRAI - Seorang penoreh getah tidak menduga mimpi mengelilingi Kaabah sebanyak dua kali bakal menjadi kenyataan setelah dia memenangi pakej umrah pada Kuliah Bulanan Lambaian Kaabah di Masjid Mukim Mengkebang.
Mohd Zailani Mat, 42, bapa enam anak ini berkata, mimpi terakhir berlaku kira-kira dua bulan lalu.
Dia yang turut berkebolehan bertukang rumah pada mulanya hanya menganggap mimpi sebanyak dua kali itu sekadar mainan tidur.
Menurutnya, dia memang menyimpan hasrat ke Makkah tetapi tidak pasti impiannya tercapai memandangkan tiada pendapatan tetap.
“Sebaik diumumkan menang tiket tunaikan umrah, saya hampir tak percaya, pandangan saya kabur. Hadiah ini terlalu bernilai,” katanya.
Mohd Zailani berkata, ini kali pertama dia menangi hadiah cabutan bertuah.
“Saya tak sangka kali pertama menang hadiah begitu bernilai,” katanya.
Katanya dia belum menetapkan tarikh untuk pergi menunaikan umrah.
“Saya berhasrat pergi dengan isteri jika cukup wang.
“Hadiah cuma satu, tapi kalau wang tak cukup, saya akan pergi seorang,” katanya yang bersyukur atas kemenangan pertama itu.
Sementara itu, Imam Tua Masjid Mukim Mengkebang, Soh Majid mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur program kerana menyediakan hadiah utama dan beberapa lagi hadiah pada majlis yang merupakan ceramah bulanan yang dihadiri sekitar 700 penduduk.
Program dikendalikan moderator, Naim Mohd Ghazali yang juga Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai di samping ahli panel, Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ( Jaheik), Suratmi Mat Yusof serta Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Saibon Ismail.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: