Ia berikutan penyanyi dan pelakon itu mendedahkan telah menghadiahkan hadiah berupa minuman alkohol yang diberi oleh salah seorang peminatnya kepada seorang rakan terdekatnya.
Bagaimanapun, agensinya KeyEast Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi itu memberi hadiah itu kepada rakannya kerana dia tidak minum minuman beralkohol.
Peminat-peminat tidak menerima alasan tersebut dan beranggapan agensi tersebut berbohong bagi menyelamatkan reputasi penyanyi itu.
"Kenapa perlu beri alasan bahawa dia tidak minum minuman alkohol sedangkan semua tahu dia sudah minum (minuman alkohol) sejak di bangku sekolah lagi.
"Malah, dia juga sering memuat naik gambar sambil minum bersama rakan-rakannya," ujar netizen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: