GUA MUSANG - Dengan hanya berbelanja RM2,500, tujuh pasangan pengantin baharu diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan serba lengkap dan penuh kemeriahan di Dewan Pusat Sivik, di sini, semalam.
Sungguhpun baru pertama kali diperkenalkan di daerah ini, Kerja Nikah Perdana 2016 ternyata mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada masyarakat.
Pengarah program, Mohd Tarmizi Abdul Rahman berkata, Kerja Nikah Perdana diadakan dengan tujuan memudahkan urusan perkahwinan anak muda yang sudah layak bergelar suami isteri.
"Islam menyarankan anak muda berkahwin bagi mengelakkan diri daripada zina serta perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat, dan program ini dapat membantu pasangan muda yang berdepan kekangan kewangan untuk merealisasikan hasrat membina masjid.
"Dengan cara ini juga kita dapat mengelakkan majlis berlebih-lebihan, berhutang dan adat melebihi syariat," katanya.
Menurutnya, nilai RM2,500 yang dikenakan untuk setiap pasangan meliputi majlis jamuan rakyat, cenderahati kepada setiap tetamu, upah nikah serta persalinan dan program ini akan menjadi program berkala setiap tahun.
"Untuk kali pertama, kita raikan tujuh pasangan mempelai yang mana enam daripadanya dari Dun Paloh, manakala sepasang pengantin dari Dun Galas. Bagi tahun akan datang, kita akan tambah bilangan pasangan pengantin baru dan jalankan promosi lebih awal," katanya.
Sementara itu, pasangan pengantin baharu, Mohammad Safuan Che Mat Lazib, 23 dari Felda Chiku 5 dan Siti Hajar Atiqah Rani, 23, dari Felda Chiku 2, memberitahu, tarikh 28 Mei memberi seribu makna buat mereka.
Mohamad Safuan mengakui memang perancangannya dan isteri untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut kerana ia juga merupakan tarikh pertunangan mereka.
"Kami sepakat pilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan dan selepas buat keputusan, kami dimaklumkan ada program ini. Tanpa berlengah saya isi borang untuk menyertainya.
“Alhamdulillah, urusan pernikahan kami dipermudahkan. Program sebegini bukan sahaja menjimatkan malah memudahkan urusan perkahwinan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: