Tuesday, May 17, 2016

Gincu Warna Ungu Aishwarya Rai Dikritik




AKTRES Bollywood Aishwarya Rai menerima kritikan oleh netizen terhadap penampilannya di karpet merah Festivel Filem Cannes 2016.

Pelakon itu dikritik kerana memakai gincu bibir warna ungu yang kelihatan ganjil dengan penampilan biasanya.

Rata-rata netizen menganggap Aishwarya disabotaj oleh jurusolek sendiri.

"Kasihan gincu yang dipakainya tidak sesuai, ia seperti memakai pensel warna milik anaknya.

"Dia mungkin disabotaj oleh jurumekapnya yang sengaja mahu menampakkannya hodoh," ujarnya.

Bukan hanya netizen, malah media India juga mengkritik penampilan wanita itu yang dikatakan serba tidak kena. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: