PETALING JAYA: Pelakon Amyra Rosli memberitahu tidak tertekan apabila beberapa kali terpaksa berhadapan dengan khabar angin tentang pertunangannya dengan aktor Amar Baharin.
Nur Amira Izzati Rosli, 25,berkata, biarpun perkara tersebut tidak benar, namun dia menganggap ia sebagai khabar angin yang baik dan doa daripada orang ramai.
"Saya tidak rimas atau tertekan dengan gosip tersebut biarpun sudah beberapa kali keluar benda yang sama. Ianya terpulan kepada peminat yang ingin percaya kami atau khabar angin itu.
"Lagi pula pada saya ia bukan berita buruk, seperti saya merampas hak orang lain. Ia cuma tidak betul sahaja dan belum lagi berlaku," ujarnya.
Amyra berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin terbaharu kononnya dia sudah bertunang dengan Ammar Baharin dalam diam dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada masa terdekat.

Amar dan Amyra tidak akan sorok jika ingin bertunang.
Jelasnya, jika benar perkara tersebut berlaku, dia sendiri akan mengumumkannya dan berkongsi perkara gembira berkenaan kepada umum.
"Kenapa kita nak sorok perkara itu, jika benar kami bertunang kami akan kongsi dengan semua. Namun, setakat ini belum ada perancangan ke arah itu lagi.
"Kami masing-masing sibuk dengan kerja sehingga hujung tahun," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang tindakannya enggan berterus terang tentang hubungan cintanya dengan pelakon itu, Amyra berkata, mereka dalam proses berkawan.
Dia juga lebih selesa berkawan dengan pemuda itu berbanding digelar sebagai pasangan kekasih.
"Bukan tidak mahu mengaku sebaliknya saya tidak mahu hubungan kami renggang jika jodoh tidak kesampaian.
"Saya mahu hubungan persahabatan terus kekal sampai bila-bila meskipun jika ditakdirkan kami berkahwin dengan orang lain," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: