Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 30, berkata, dia berharap suatu hari nanti umum akan menyedari bahawa kerjaya sebagai pelakon itu adalah satu profesion dan bukannya berlandaskan populariti semata-mata.
"Kita harus memilih watak dan mencari sesuatu yang berbeza kerana ingin masuk ke dalam kehidupan manusia lain.
"Dengan cara itu saya dapat memahami lebih baik tentang seseorang dan pada saya itu bukan sesuatu yang mudah dilakukan hatta seorang pelakon itu mempunyai bakat semula jadi.
"Apa yang ingin saya tekankan adalah pelakon ada satu profesion yang serius dan pandangan bahawa kerjaya ini mudah perlu diubah," katanya.
Dalam pada itu Amar berkata, dia bersikap memilih terhadap tawaran lakonan yang diberikan kepadanya kerana ingin memastikan peranan yang digalas mampu memberi impak kepada penonton.
Jelasnya, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab yang bukan sahaja untuk memberi hiburan tetapi dapat membuka mata masyarakat menerusi lakonan.
"Tidak mahu digelar stereotaip itu mungkin biasa tetapi dalam memilih sesuatu peranan saya melihat kepada faktor sama ada watak yang bakal digalas itu mampu memberi kesan kepada masyarakat atau pun tidak.
"Saya tidak mahu menjadi pelakon yang kosong dan tidak dapat meninggalkan kesan kepada penonton.
"Pelakon itu ada tanggungjawab lebih besar daripada hanya menghiburkan penonton," katanya.
Bagaimanapun kata Amar, pendirian itu tidak bermakna dia menentang tindakan pelakon-pelakon lain yang menerima sesuatu tawaran semata-mata kerana wang sebaliknya ia adalah menegaskan ia hak masing-masing.
Duta Syukur Selalu; Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Raja Afiq, Fasha Sandha, Janna Nick dan Uqasha Senrose.
Dalam perkembangan lain, Amar yang turut dilantik sebagai duta kempen Syukur Selalumemberitahu beberapa drama lakonannya bakal ditayangkan di TV3 bersempena kedatangan Ramadan ini.
Malah dia juga bakal terlibat dalam beberapa aktiviti turun padang bersama peminat menerusi program Jom Masjid dan Bazar Syukur Selalu.
Antara drama yang bakal menampilkan Amar adalah Sehelai Songket Penuh Berbungaarahan Murali Abdullah yang turut menampilkan Rosnah Johari dan Namron untuk siaran TV3.
Selain itu Amar turut muncul menerusi slot Azalea menerusi drama bersiri Terlarang Sudah Rinduku dan Umairah slot Samarinda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: