SAAT paling mengujakan apabila berpeluang melawat salah satu daripada kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia - USS John C. Stennis.
Ketika melangkah ke dek penerbangan, semua pelawat terlopong apabila melihat pesawat pejuang yang luar biasa.
Situasi ini berlaku kepada segelintir pelawat dari Kementerian Pertahanan, tetamu korporat dan wakil media yang dijemput melawat ke USS John C. Stennis oleh Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini.
Ketika melangkah ke dek penerbangan, semua pelawat terlopong apabila melihat pesawat pejuang yang luar biasa.
Situasi ini berlaku kepada segelintir pelawat dari Kementerian Pertahanan, tetamu korporat dan wakil media yang dijemput melawat ke USS John C. Stennis oleh Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini.
USS John C. Stennis adalah yang ketujuh daripada 10 Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
Ia kini berada dalam kelas terbesar kapal pengangkut pesawat di seluruh dunia.
Ketika berada di Laut China Selatan, kira-kira 120 batu di luar pantai timur Semenanjung Malaysia, kumpulan tetamu diterbangkan ke kapal berkenaan menggunakan pesawat pengangkut C-2 Greyhound.
Menurut Pegawai Pemerintah USS John C. Stennis, Kapten Gregory Huffman, kapal berkenaan berada di kawasan Pasifik Barat mengikut jadual biasa.
Ia membawa satu kruiser, beberapa kapal pemusnah, dan kira-kira 65 pesawat pelbagai jenis yang berbeza.
"Apabila kita berada di pelabuhan, kita biasanya membuka kapal untuk lawatan dan membawa kumpulan pelawat ke atas kapal, tetapi kita juga membawa beberapa kumpulan ke sini untuk melihat operasi kami kerana ia lebih menyeronokkan," kata Huffman.
Kumpulan pelawat diberi peluang untuk berdiri di atas kapal yang mempunyai dek penerbangan sepanjang 333 meter dan melihat skuadron F/A-18 Super Hornet berlepas dan mendarat dalam masa 45 saat semasa operasi udara harian mereka.
Pelawat juga dibawa melawat sekitar beberapa lokasi penting kapal termasuk jambatan pelayaran, pusat kawalan trafik udara kapal, kawalan dek penerbangan dan hangar.
Terdapat juga sebuah muzium kecil di atas kapal sebagai penghormatan kepada mendiang Senator John C. Stennis, yang terkenal kerana sumbangan beliau kepada pembangunan Tentera Laut Amerika Syarikat moden.
Dengan lebih daripada 5,000 pelayar yang mempunyai pelbagai peranan berbeza di atas kapal termasuk pegawai perubatan dan tukang masak - USS John C. Stennis adalah tidak lain daripada sebuah bandar terapung.
"Lawatan seperti ini telah dilakukan secara berkala sebelum ini dan ia adalah sebahagian daripada perkongsian biasa di antara Amerika Syarikat dan Malaysia," kata Timbalan Ketua Kedutaan Amerika Syarikat, Edgard Kagan.
Selain latihan bersama dengan pasukan pertahanan tempatan, Tentera Laut Amerika Syarikat sering meminjamkan bantuan untuk misi mencari dan menyelamat, bantuan bencana, serta khidmat masyarakat apabila mereka singgah di pelabuhan.
USS John C. Stennis bergerak dari Amerika Syarikat pada Januari dan dijadual beroperasi di sekitar Laut China Selatan sehingga Ogos.
Kapal itu telah membuat beberapa persinggahan termasuk di Guam, Korea Selatan dan Singapura setakat ini.
Destinasi seterusnya adalah Hong Kong.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: