IPOH – Berbekalkan keazaman dan minat yang tinggi dalam bidang ketenteraan, Muhamad Atiqullah A Ghani, 20, dinobatkan sebagai penerima anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan pada Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 yang diadakan sejak enam bulan lalu.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu mendapat sokongan daripada keluarganya bagi meneruskan cita-cita untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang merupakan impiannya sejak kecil.
Menurutnya, sepanjang enam bulan menjalani latihan, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui sehingga dia berjaya memperoleh kejayaan tersebut.
“Saya sentiasa menjaga disiplin, menepati masa, mendengar arahan serta mematuhi segala peraturan ditetapkan oleh jurulatih.
“Selain itu, saya turut cekal dalam mengharungi latihan dari segi fizikal dan mental supaya dapat menjadi seorang anggota tentera yang mampu menempuh segala rintangan dihadapi,” kata anak kelahiran Parit Buntar itu.
Dia ditemui pada sidang media selepas menghadiri upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan Komandan Institut Latihan Tentera Udara, Kolonel Muhammad Shafiq Jahudi.
Dua lagi perajurit muda, Muhammad Sharif Shazli Zakaria, 19, dan Mohd Faisul Abd Rahim, 24, masing-masing diumumkan sebagai Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik dan Perajurit Muda Udara Penembak Terbaik pada majlis tersebut.
Sementara itu, Roslan berkata, TUDM akan menghantar perajurit muda yang tamat latihan kejuruteraan untuk menyambung pengajian di peringkat diploma pada masa akan datang.
Katanya, mereka dijangka akan berkolaborasi dengan Universiti Kuala Lumpur (Unikl) untuk merealisasikan perkara itu.
“Ada juga dalam kalangan mereka yang dihantar di Politeknik Banting, Selangor dan Jitra, Kedah untuk mengambil kursus dalam bidang teknologi.
“Jika perajurit muda kita berjaya menamatkan pengajian diploma, mereka akan diserapkan menjadi juruteknik TUDM serta gaji dibayar berdasarkan kelayakan masing-masing,” jelasnya.
Seramai 353 Perajurit Muda Udara berjaya menyempurnakan latihan asas selama enam bulan bermula 1 Januari lalu di institut berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: