MENTAKAB - Kerajaan negeri digesa menyiasat laporan mengenai kegiatan perlombongan emas secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Lakum dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia benar berlaku.
Adun Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, penduduk tempatan mendakwa kawasan perlombongan emas haram itu terletak berhampiran Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah.
Menurutnya, sekiranya perkara itu tidak benar, kerajaan negeri digesa mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut yang boleh dianggap fitnah.
“Sekiranya ia benar-benar wujud, kerajaan negeri digesa ambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dan saya sendiri telah meninjau lokasi ini.
“Sama ada berlaku perlombongan emas atau tidak, ia perlukan siasatan pihak berkuasa dan penguat kuasa yang berkaitan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, tinjauannya sebelum ini mendapati terdapat saluran paip air getah untuk menyedut air dari lokasi lain ke satu lokasi lain di situ.
Katanya, selain itu, terdapat juga beberapa kolam yang dikorek tetapi fungsinya tidak dapat dipastikan dan beberapa binaan dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah kongsi pekerja juga dikesan.
Tengku Zulpuri berkata, jika kegiatan perlombongan didakwa penduduk tempatan itu benar-benar wujud sudah tentu akan menimbulkan satu lagi masalah dan kerugian kepada kerajaan negeri serta dikhuatiri akan menjadi seperti isu bauksit.
Menurutnya, sekiranya berlaku ia sudah tentu akan memberi keuntungan kepada sesetengah pihak sedangkan kerugian dan kerosakan diterima melibatkan lebih ramai penduduk seperti isu bauksit di Kuantan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: