Risteena, 27, berkata, dia sudah menasihatkan adiknya agar bersikap lebih matang dalam mengawal beberapa perkara yang boleh mengaitkan namanya dalam sesebuah isu.
"Saya harap mereka berdua dapat berdamai dan perbaiki hubungan kerana industri seni kecil sahaja dan mereka akan bertemu semula suatu hari nanti.
Risteena berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi melibatkan Ruhainies yang mendakwa digugurkan daripada sebuah filem akibat dihasut oleh pelakon Janna Nick.
Risteena berkata, dia melihat isu yang terjadi itu adalah kerana sikap tidak matang kedua-dua belah pihak.
"Pada saya isu ini timbul kerana mereka berdua masih muda dan tidak matang. Mereka tidak fikir kesan tersebut pada kerjaya mereka pada masa depan," katanya.
Dalam pada itu, tambahnya, kontroversi yang melanda seseorang artis hanya memberi populariti yang sementara sahaja.
"Pada saya kalau nama seseorang artis itu naik kerana kontroversi dan bukan kerana bakat ia hanya sekejap sahaja.
"Mereka akan mudah dilupakan apabila muncul kontroversi lain pula," ujarnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: