Sunday, May 29, 2016

Persembahan T.I Kecoh Empat Peminat Ditembak Secara Rambang




Persembahan penyanyi rap T.I kecoh apabila berlaku seorang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan sehingga menyebabkan seorang peminat meninggal dunia manakala tiga lagi tercedera.
PERSEMBAHAN penyanyi rap T.I kecoh apabila seorang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan sehingga menyebabkan seorang peminat meninggal dunia manakala tiga lagi cedera.

People melaporkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam pada Rabu lalu ketika seramai 1,000 penonton sedang menantikan kemunculan berkenaan mengadakan persembahan.
Tembakan berkenaan dilaporkan dibuat menerusi bahagian atas kelab itu yang menyebabkan seorang lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia manakala dua lagi mangsa lelaki dan wanita cedera selepas peluru terkena di bahagian perut dan kaki.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Universiti New York untuk menerima rawatan.

Pihak polis New York dalam satu kenyataan memberitahu masih mencari dalang kejadian itu dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman video daripada pengunjung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: