KUALA TERENGGANU - Seekor buaya tembaga sepanjang kira-kira 1.5 meter ditemui terperangkap dalam jaring penduduk yang memukat ikan di Sungai Beladau Selat di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, tiga penduduk tempatan iaitu Yusri Yassin, 34; Mohd Hisham Alias, 34, dan Mohd Nor Fitri Sazali, 18, yang ketika itu sedang memeriksa jaring, tersentak dengan kehadiran buaya berkenaan.
Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan buaya itu dengan membawanya ke darat.
“Sebenarnya penduduk di sini, khususnya penternak ikan dan mereka yang sering memukat ikan dan udang di sungai ada ternampak buaya ini sejak beberapa minggu yang lalu. Walaupun ia tidak mengganggu penduduk, tapi kita agak risau memandangkan penduduk di sini biasanya mencari etak dan mandi-manda.
“Jaring yang saya pasang juga koyak disebabkan buaya ini. Memandangkan ia kemudiannya terperangkap, kami ambil keputusan untuk menyelamatkannya dan menyerahkan kepada Jabatan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara),” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Selat, Che Mohd Kassim Jusoh berkata, sungai di kawasan itu memang dihuni buaya sejak sekian lama tapi jarang menampakkan diri.
Namun katanya, penduduk kampung sentiasa berhati-hati kerana bimbang jika ia menyerang kerana selain penternak dan pemancing, kanak-kanak juga gemar mencari etak dan mandi-manda di kawasan sungai di kampung itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin mengesahkan buaya yang diselamatkan itu adalah spesies buaya tembaga dan dianggarkan seberat 15 kilogram dan berusia kira-kira setahun.
“Ini kali pertama kita mendapat laporan tentang penemuan buaya di sungai ini dan kita akan membuat susulan selepas ini. Kita juga ada mendapat laporan terbaru tentang penemuan buaya julung-julung di kawasan ladang di Lembah Bidong.
“Selepas ini kita akan lihat keadaan di sana memandangkan buaya julung-julung juga adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya. Buaya yang ditangkap ini kita akan lepaskan semula di kawasan habitat yang selamat di sungai di Taman Negara.
“Saya nasihatkan sekiranya penduduk kampung ada menjumpai buaya agar menyalurkan kepada Jabatan Perhilitan supaya kita boleh ambil tindakan. Adalah menjadi satu kesalahan untuk membela buaya kerana ia melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, di bawah Seksyen 68 (1) (a) yang mana boleh didenda sehingga RM100,000 sebab ia adalah dilindungi sepenuhnya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: