MAJLIS Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) yang berlangsung malam kelmarin diraikan dengan penuh berprestij.
Di sebalik kemenangan-kemenangan yang dirangkul, terselit satu nama kecil yang mungkin dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.
Tanpa memerlukan populariti dan hanya berbekalkan bakat, kategori Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik ini sebenarnya sangat istimewa dalam industri seni tempatan mahupun luar negara.
Tanpanya, mana mungkin industri ini diwarnai pelapis-pelapis muda yang berbakat bagi meneruskan kesinambungan otai-otai sedia ada.
Kerana itu, pemilik Anugerah Seri Angkasa 2016 bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Azuan Fitri ini mengakui, perjalanannya dalam bidang ini masih panjang.
“Sebagai pelakon kanak-kanak saya juga mempunyai impian besar untuk berjaya seperti pelakon-pelakon sedia ada pada masa hadapan.
“Dalam usia saya 14 tahun ini, banyak lagi yang perlu dipelajari dalam menjadi seorang pelakon berkualiti dan hebat suatu hari nanti,” katanya.
Menerusi kemenangan tersebut, Azuan berjaya menewaskan empat lagi saingannya seperti Rykarl Iskandar, Puteri Balqis, Gabriel Noel Pourtney dan Luvvina Wilma.
Berbicara mengenai kemenangannya itu, dia tidak menyangka juri memilihnya pada malam itu.
“Saya memang tidak sangka akan menang. Saya rasa pelakon kanak-kanak lain lebih hebat dan berbakat berbanding saya.
“Tapi, syukurlah juri memilih lakonan saya,” kata pelakon drama Penyabong ini.
Tambah Azuan, kemenangan itu menjadikan dirinya lebih bersemangat selepas ini.
“Saya perlu kerja keras supaya lakonan saya lebih menyerlah daripada apa yang dilakukan dalam Penyabong.
“Sebenarnya, saya mengidamkan watak super hero, tetapi masih belum ada tawaran sepertinya,” katanya.
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
Ia berkat kesabaran - Ogy
Magisnya pelakon ini tidak perlu disangkal lagi. Pernah dinobatkan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia sekitar 1980-an dulu, kini Fauziah Datuk Ahmad Daud dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik.
Mengakui kemenangannya kali ini adalah berkat kesabarannya, dramatis lebih dikenali sebagai Ogy berkata, ini merupakan tuahnya buat kali ketiga bagi Anugerah Seri Angkasa.
Katanya, memenangi kategori Pelakon Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Harus Terpisah terbitan Astro Prima, ia membuktikan kematangannya sebagai pelakon.
“Kali pertama saya menang dulu ketika usia saya belasan tahun, kali kedua pula ketika berusia 30-an, dan kali ini apabila usia saya sudah pun mencecah 53, saya dinobatkan lagi.
“Saya tidak pernah merungut jika tidak menang sebarang anugerah sebelum ini, bagi saya semua ini sudah tertulis dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Berkongsi perasaannya, Ogy melahirkan kegembiraan kerana Anugerah Seri Angkasa kembali dipertandingkan.
“Saya sangat merindui penganjuran anugerah ini kerana ia memberi banyak erti kepada saya, tidak sangka penganjuran kali ini memberikan momen indah terhadap kerjaya saya,” katanya.
Membawakan peranan sebagai Cikgu Mahyon menerusi drama ini, Ogy tidak sewenang-wenangnya menerima watak tersebut ketika ditawarkan.
“Saya mahu memberikan pengajaran dan ilmu kepada pelakonnya baharu di luar sana, kerana itu saya menerima karakter ini.
“Watak ini amat sukar sehingga saya terpaksa membuat pelbagai kajian dan banyak membaca untuk merealisasikannya, jadi saya harap ia menjadi panduan berguna kepada adik-adik di luar sana,” katanya penantian dan usahanya selama ini terbayar menerusi penganugerahan itu.
Menang kerana karya - Kazar
Menurut Pelakon Komedi TV Terbaik, Kazar, kemenangannya itu merupakan kejutan luar biasa bagi dirinya.
“Ini kali pertama saya memenangi anugerah sebegini besar.
“Tidak sangka pula ia berpihak kepada saya kerana saingan amat sengit dan mereka juga mempunyai bakat hebat dalam bidang komedi.
“Saya fikir, kemenangan ini bukan kerana saya bagus sebaliknya kerana keistimewaan karya itu sendiri,” katanya memainkan peranan sebagai datuk kepada tiga cucu menerusi drama Jaga Depa Sat.
Katanya, sifat komedi dalam dirinya tidaklah seperti pelawak sedia ada, sekadar sisi humor yang lahir secara tidak sengaja.
“Komedi ini sangat berbeza, ia tidak nampak di mata semua orang, adakala kita rasakan ia kelakar, lucu, tetapi pada penonton ia biasa sahaja,” katanya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Cinta Sebelas Syarat.
Pengorbanan berbaloi - Heykal Hanafiah
Menganggap tuah buat dirinya, pemenang kategori Drama TV Bersiri Terbaik, menerusi naskhah Wadi ini berkata, dia bersyukur dengan kemenangan ini kerana ia merupakan kali pertama dia dicalonkan bagi anugerah ini.
“Kemenangan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk lebih memartabatkan industri seni Malaysia.
“Sebelum ini, saya sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk ibu, isteri dan anak-anak.
“Saya harap kemenangan ini sedikit sebanyak dapat mengubat perasaan tersebut dan membuktikan pengorbanan saya berbaloi,” kata Heykal Hanafiah.
Jelasnya, Wadi juga berjaya kerana ‘team’ yang sentiasa komited dan bekerja keras menghasilkan drama bersiri itu.
“Terutamanya kepada teraju utama drama bersiri ini, Shafie Naswip yang saya gelar Wadi kini, terima kasih tidak terhingga kerana membuatkan Wadi sebuah drama bersiri yang sangat hebat,” kata pengarah drama bersiri Mr Boss Miss Stalker ini.
Anugerah kedua - Mohd Syukri
Bagi penulis skrip Lorong Kecil Ke Syurga, Mohd Syukri Mohd Sidek, memenangi kategori Skrip Drama TV Terbaik buat kali kedua menerusi karya sama menjadi pembakar semangat kepadanya menghasilkan skrip bercirikan drama tersebut.
“Skrip ini turut menang ketika di anugerah skrin tahun lalu dan bukan satu jangkaan ia akan dipilih lagi kali ini.
“Bagaimanapun, saya berbangga kerana naskhah yang mempertaruhkan kehidupan gelandangan ini diberi penghargaan sebegini.
“Terus terang saya katakan, naskhah ini sangat dekat dalam diri saya kerana selepas lima tahun saya hasilkannya, barulah ia dipilih oleh stesen televisyen,” katanya.
Tambah Mohd Syukri, dia selesa menterjemah skrip-skrip yang lebih berat berkisarkan masyarakat, keluarga serta sesuatu yang menyentuh jiwa terhadap karya-karyanya.
“Seperti skrip drama ini juga, ia penuh dengan kisah saya bersama anak-anak,” katanya.
Sesuatu di luar dugaan - Feroz Kadir
Sementara itu, menang besar bagi dua kategori Pengarah Drama TV Terbaik dan Drama TV Terbaik, bukanlah sesuatu yang dijangka oleh pengarah prolifik ini.
Menurut Feroz Kadir, dia masih terkejut apabila drama Kereta Kita menjadi pilihan juri Anugerah Seri Angkasa.
“Setiap drama dicalonkan mempunyai nilai tersendiri. Bagaimanapun mereka memilih karya ini mungkin kerana ia menampilkan sisi berbeza berbanding drama-drama lain.
“Misalnya, menerusi Kereta Kita, ia memaparkan hubungan akrab antara ayah dan anak, mungkin itu berjaya menarik perhatian mereka,” katanya.
Tambahnya, selain itu, mesej yang hendak disampaikan menerusi Kereta Kita adalah produk buatan Malaysia, kereta Proton Saga.
“Ini juga antara mesej tersirat, suatu masa dahulu Proton Saga menjadi kebanggaan masyarakat kita.
“Alhamdulillah, sedikit sebanyak kemenangan ini dapat membuka mata kita mengenainya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: