SICHUAN - CHINA. Demi menimba ilmu sekumpulan kanak-kanak yang berasal dari kampung Atule'er di wilayah Sichuan, sanggup merempuhi perjalanan sukar dan berbahaya setiap kali pergi dan balik sekolah.
Memetik laporan CNN, melaporkan kanak-kanak seawal usia enam tahun yang tinggal dikampung tersebut, akan memanjat tangga di tepi cerun gunung untuk pergi dan pulang dari sekolah.
Kanak-kanak tersebut dikatakan terpaksa merempuhi perjalanan yang sukar itu untuk ke sekolah kerana sekolah mereka terletak di kaki gunung berkenaan.
"Mereka akan mendaki 17 tangga pada cerun gunung, bersama mereka adalah beg sekolah yang berat...perjalanan itu (mendaki) akan mengambil masa selama dua jam," kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen Guji.
Perkampungan Atule'er terletak di puncak gunung setinggi 1,400 meter dari aras laut. Kampung itu begitu terpencil sehingga hanya 72 keluarga saja yang tinggal disitu, dan kebanyakkan mereka menyara kehidupan dengan menanam cili.
Setelah tiba di sekolah, lazimnya mereka akan tinggal di sana selama dua minggu sebelum pulang semula ke kampung.
Sebelum ini, perjalanan berbahaya itu dilaporkan sudah mengorbankan lapan nyawa.
Menurut seorang jurugambar Chen Jie yang terpanggil untuk merakamkan perjalanan itu pada 14 Mei lalu, berkata dia sangat tersentuh apabila melihat kanak-kanak tersebut.
"Perjalanan itu sangat berbahaya, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berjaya melaluinya," kata Chen kepada CNN.
China kini telah membina infrastruktur untuk menyokong ekonomi mereka yang semakin berkembang.
Namun berjuta-juta rakyatnya masih hidup di bawah garis kemiskinan, dan Beijing telah berjanji ia akan menangani kemiskinan di kawasan paling mendesak termasuk di wilayah Liangshan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: