SYARIKAT kosmetik terkenal, SimplySiti Sdn Bhd (SimplySiti) yang mempunyai 100 produk unik menyimpan stok (SKU), menjangkakan akan menembusi pasaran Indonesia pada 2017.
Pengasas dan Presidennya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata, syarikat masih dalam perbincangan dengan pihak dari Indonesia dan berharap ia menjadi kenyataan bagi memasarkan produk ke negara itu.
“SimplySiti memang merancang untuk memasarkan produk kami ke luar negara tetapi banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Kami perlu memilih rakan kongsi yang jujur dan mengkaji kehendak pelanggan di sana.
“Walaupun tidak mempunyai outlet di luar negara, kebanyakan pelanggan membelinya ketika berkunjung ke Malaysia. Pelanggan dari Singapura akan beli produk SimplySiti di Johor,” katanya selepas melancarkan produk baharu, Luminous White di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Siti Nurhaliza berkata, SimplySiti juga akan memfokuskan kepada pasaran tempatan dan kini bekerjasama dengan butik terkenal, Butik Vendville, yang mana pengusahanya menganjurkan himpunan usahawan online terbesar, Vendeur Festival.
“Kami memilih Vendville kerana ia antara butik terkenal dan kerap kali ditanya mengenai produk SimplySiti. Kami berharap kerjasama ini beri manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Mengulas mengenai produk baharu itu, Siti Nurhaliza berkata, Luminous White adalah rangkaian pemutih untuk wanita yang menginginkan kulit cerah dan berseri.
“Produk ini mengandungi X50 Pure White, Punarnava Root Extract dan Vitamin B3 membuatkan kulit 13 kali lebih cerah dan enam kali lebih berkesan memperbaiki tona kulit.
“Ia bukan sekadar mencerahkan kulit malah bantu memudarkan jeragat, bintik hitam dan tanda penuaan,” katanya.
Luminous White didatangkan dengan empat produk iaitu Luminous White Cleanser, Luminous White Toner, Luminous White Day Moisturiser dan Luminous White Night Moisturiser.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: