BINTANG realiti Khloe Kardashian dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Lamar Odom buat kali kedua.
People melaporkan Khloe, 31, memfailkan permohonan cerai itu pada Khamis lalu dengan alasan tidak lagi mempunyai persefahaman.
Pasangan itu berkahwin pada 2009 hanya selepas sebulan berkenalan dan memfailkan perceraian terhadap Lamar buat kali pertama pada Disember 2013 selepas mendakwa tidak lagi tahan dengan sikap lamar yang curang dan mengambil barang terlarang.
Bagaimanapun Khloe menarik semula permohonan itu selepas Lamar dijumpai tidak sedarkan diri gara-gara pengambilan dadah berlebihan.
Kejadian itu berlaku ketika dia berada di sebuah rumah pelacuran di Las Vegas pada Oktober tahun lalu.
"Khloe sebenarnya menanti masa paling sesuai untuk bercerai dan telah melakukan yang terbaik untuk menjaga Lamar.
"Tetapi dia bukan penjaga dan perlu meneruskan hidupnya dan begitu juga Lamar, " kata sumber terdekat pasangan itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: