Friday, October 2, 2015

Isu bertatu: Ammar Alfian akui sudah bertaubat



Isu bertatu: Ammar Alfian akui sudah bertaubat
Ammar Alfian akui sudah bertaubat
PELAKON dan model Ammar Alfian mengakui sudah bertaubat  dan akan cuba untuk membuang tatu yang dibuatnya beberapa tahun lalu.

Ammar mengakui tatu tersebut adalah tatu kekal yang dibuatnya semasa zaman nakalnya dulu.

"Kawan dengan macam-macam orang, macam-macam masalah,  akhirnya saya mengaku terpengaruh sebab tak fikir panjang.

"Tapi itu cerita dulu.  Sekarang saya sudah bertaubat dan memang nak buang tatu ini,"katanya dipetik Media Hiburan.

Tambahnya lagi, dia turut mendapatkan nasihat dan pandangan dari beberapa orang ustaz.

"Jika nak buang, kena buang betul-betul tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

"Kalau nak yang elok tu  kena buat di luar negara iaitu di US dengan kos yang tinggi.  InsyaAllah, doakan saya agar saya dapat buang tatu ini,” ujar Ammar.

Sebelum ini, pelakon itu dilihat lebih terbuka dan sering memuatnaik gambar yang menampakan tatu di bahu dan dada kanannya di laman Instagramnya sehingga menimbulkan persoalan samada tatu tersebut kekal atau tidak.

Ditanya mengenai sebabnya sering memuatnaik  gambar tidak berbaju, Ammar menjelaskan, dia sedang mempromosikan sebuah produk kesihatan.

“Bukan tayang suka-suka.  Saya sekarang ini model untuk produk yang saya dan rakan usahakan. Sebelum orang lain nak beli, mesti mereka nak tengok hasilnya.  Jadi disebabkan itulah saya kena bekerja keras dan tunjukkan hasilnya supaya orang ramai lebih yakin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: