Wings
30 tahun menelusuri pahit manis perjalanan sebagai anak seni bukanlah sesuatu yang mudah untuk diharungi.
Apatah lagi perjalanan pemuzik lagenda rock Awie, Eddy, Black dan Joe yang menggelarkan mereka sebagai Wings bermula dari bawah.
Berbekalkan semangat juang tinggi dengan bakat yang tersendiri, Wings berjaya membuktikan kehebatan apabila mencetuskan fenomena ketika muzik rock menjadi pilihan pada era 80-an.
Hidup tidak selalunya indah, langit juga tidak selalunya cerah, sememangnya bukan mudah menjalani perjuangan bersama kumpulan.
Selain terpaksa berhadapan dengan turun naik industri, Wings tidak terkecuali terheret dalam konflik dalaman menyebabkan vokalis asalnya, Awie membawa haluan sendiri di saat mereka berada di kemuncak populariti.
Wings terus bertahan dengan kehadiran pengganti Awie sebagai vokalis, Mel dan Mus yang sempat merakamkan beberapa buah album bersama Wings sebelum penyanyi asalnya kembali.
“Kalaulah masa boleh diundur, saya harap perpisahan sebelum ini dielakkan dan pada masa yang sama, saya minta untuk diri saya dimatangkan lebih awal ketika itu.
“Mungkin darah muda pada masa itu terlalu kuat,” kata Awie dengan nada kesal.
Enggan menoleh ke belakang, Wings meneruskan perjuangan mereka dengan semangat setia kawan sehingga ke saat ulang tahun ke-30 diraikan.
“Alhamdulillah, penat lelah kami akhirnya berjaya membawa kami sehingga ke tahap ini.
“Sepanjang 30 tahun bersama, kami telah melalui pelbagai onak ranjau.
Kami pernah rasa senang dan susah dan akhirnya kami berada di sini.
“Dengan sokongan keluarga dan teman seperjuangan, saya amat berharap selepas ketika ini kita akan dapat meneruskan lagi perjuangan yang akan menambahkan ulang tahun akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Kumpulan Wings, baru-baru ini.
Konsert 30 tahun Wings
Kehadiran ulang tahun ke-30 Wings sememangnya menjadi momen terindah buat setiap anggota kumpulannya.
Merasakan usia yang dicapai perlu diraikan, Wings akhirnya mengeluarkan kata sepakat untuk mengadakan sebuah persembahan berskala besar, Konsert 30 Tahun Wings yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut Awie, Wings menjanjikan persembahan yang terbaik buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan muzik mereka sejak awal kemunculan lagi.
“Pelbagai perbincangan yang kami lakukan untuk meraikan ulang tahun ini dan kami memilih untuk melakukan persembahan konsert.
“Bila bercakap mengenai acara ini, ia bukan sahaja persembahan konsert semata-mata, malah kami aturkannya seumpama satu karnival secara besar-besaran,” ujarnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai konsert, Awie mengumumkan Wings bakal beraksi dengan lebih kurang 30 buah lagu menghiburkan penonton yang bakal hadir.
“Bersempena 30 tahun, kami akan sampaikan 30 buah lagu.
“Acara konsert akan bermula seawal jam 2 petang di mana beberapa aktiviti dijalankan seperti persembahan buskers dan artis baharu yang hanya memainkan lagu-lagu Wings sahaja sehingga bermulanya konsert pada malam itu.
“Pada jam 6 petang pintu stadium akan dibuka dengan tibanya beberapa kelab motosikal berkuasa besar yang kami undang daripada seluruh Malaysia.
“Secara keseluruhannya, gambaran konsert yang akan dijalankan itu adalah yang terbaik dengan beberapa gimik yang kami lakukan.
“Selain kami sendiri membuat persembahan, terdapat juga beberapa undangan artis popular seperti Edry Hashim, Jacklyn Victor, Nash dan beberapa lagi artis turut beraksi pada malam itu,” jelasnya yang turut tidak ketinggalan mengundang bekas anggota
Wings yang lain.
Saling memerlukan
Menghargai persahabatan yang terjalin bersama anggota Wings yang lain, Awie mengharapkan hubungan mereka akan terus kekal sehingga yang termampu.
“Wings adalah simbolik persahabatan kami. Kami lebih kerap berjumpa daripada jumpa keluarga sendiri.
“Ketika itu kami tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan, ke mana arah tuju, adakah kami akan terus bersama atau ada sebab yang akan menghancurkan Wings. Kami akui takut dengan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.
“Apa yang kami lakukan adalah berdoa dan berusaha agar tidak berpecah dan tidak mahu ulangi perkara yang sudah berlalu.
“Saya sendiri telah membuat perjanjian, selepas kembali bersama Wings saya berjanji tidak mahu bergaduh. Paling tidak pun kalau marah, saya akan berdiam diri,” janjinya.
Lebih tersentuh apabila Awie mengumpamakan perpisahan yang dialami dalam persahabatan itu lebih memberi kesan terhadap dirinya berbanding perpisahan bersama isterinya.
“Bagi saya berada dalam satu kumpulan sama seperti sebuah perkahwinan. Kami memerlukan antara satu sama lain.
“Saya lebih terasa berpisah dengan kumpulan ini berbanding berpisah dengan isteri saya sebab mereka inilah segala punca periuk nasi dan sebagainya.
“Mereka ini yang bekerja keras dan berhempas pulas untuk menentukan kehidupan keluarga termasuk isteri kami masing-masing.
“Memang saya pernah memilih untuk bergerak sendiri tapi saya sedar saya tidak punya erti bila berada di atas pentas jika tidak bersama mereka.
“Bila berkumpulan, saya dapat rasakan aura dan karisma bila membuat persembahan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: