Nor Hafisah (kiri) meriba Nur Balqis, bersama dua lagi anaknya, Mohd Nur Asyraf dan Nur Syazwani (kanan) di beranda rumah mereka.
KOTA BHARU - Nasi dimakan bersama ikan rebus goreng yang dicicah budu sudah menjadi menu wajib buat tujuh sekeluarga yang tinggal di Kampung Pulau Masjid, Kubang Kerian, di sini, sejak setahun lalu.
Keperitan hidup mereka sekeluarga semakin dirasai apabila Fauzi Mat, 48, yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat tangan kanan, sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak lagi mampu menggunakan kudratnya bagi mencari rezeki kerana disahkan menghidap sakit buah pinggang dan gout.
Isteri Fauzi, Nor Hafisah Noor, 45, menceritakan kesusahannya bersama suami membesarkan lima anak mereka, Nur Syazwani Fauzi, 12; Nur Liyana, 11; Nur Natasya, 10; Mohd Nur Asyraf, 6, dan Nur Balqis Humairah, 4.
Katanya, semua anaknya itu masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak, lebih-lebih lagi Nur Balqis Humairah yang memerlukan lebih perhatian kerana OKU Sindrom Down.
“Nur Balqis Humairah dapat bantuan RM150, manakala belanja sekolah yang lain paling kurang RM2 hingga RM3 sehari setiap seorang. RM10 sehari tu sudah tentu. Nak bekalkan dari rumah pun, tak ada makanan apa-apa yang nak dibekalkan.
“Kalau saya tak ada duit sangat, nenek mereka yang juga mak mertua saya akan bantu. Mak mertua pun dah berusia 70 tahun dan turut menampung hidup dengan bantuan JKM sebanyak RM350,” katanya.
Menurutnya, suaminya juga mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan duit itu digunakan untuk menampung kehidupan seharian mereka termasuk perbelanjaan anak yang masih bersekolah.
“Dengan duit tu juga saya buat bayar sewa rumah RM40. Rumah ini ada elektrik dan air tetapi tak ada bilik dan kami tidur di satu ruang bersebelahan ruang tamu. Kalau hujan, ada beberapa bahagian atap yang bocor.
“Pun begitu, anak-anak tidak banyak memilih. Ikan cicah budu dengan nasi kosong sekali pun mereka makan, cuma kadang-kadang rasa nak makan ayam, lebih-lebih lagi yang lelaki. Bila mereka minta, saya terpaksa jawab, tak boleh nak beli lagi sebab tak ada duit,” katanya.
Nor Hafisah berkata, kadangkala ada waktunya jika penyakit Fauzi menyerang, lima anaknya itu terpaksa ponteng sekolah kerana tiada siapa boleh menghantar mereka ke sekolah.
“Mereka sekolah di Sekolah Kebangsaan SK) Kubang Kerian II, jaraknya kira-kira satu kilometer dari rumah, manakala yang bongsu pula belajar di Pusat Dalam Komuniti di Pengkalan Chepa dan jauh sedikit dari rumah.
“Kalau suami sakit, tidak ada siapa pun dapat hantar mereka ke sekolah sebab saya sendiri tak pandai menunggang motosikal,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui Bank Simpanan Nasional (Fauzi Mat 03100-41-00020245-5).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: