Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, juga terkejut dengan berita tersebut kerana sehingga kini dia dan Nabila langsung tidak berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Eh... saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila.
"Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu iM4U FM di Black Box, Publika disini pada Selasa.
Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara.
Bagaimanapun pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana hubungannya dan Nabila sudah jernih.
Sementara itu, tambah Amy, dia tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin.
Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan anaknya itu menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September ini.
"Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet sebanyak dua buah lagu.
"Tetapi sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya.
"Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: