MUZIK dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak dengan membolehkan mereka meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti tersebut.
Selain itu, muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif si kecil. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat, memahami dan mengingati peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka.
Justeru, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. (Wipro Unza) mengambil inisiatif melancarkan kempen Bathtime is Funtime yang menggunakan lagu dan tarian sebagai medium baharu bagi mendidik kanak-kanak terhadap kepentingan dan teknik mandi yang betul.
Pengurus Pemasaran Wipro Unza, Edward Chen berkata, penggunaan lagu dan tarian membolehkan kanak-kanak menyukai dan menghargai amalan mandian sebagai satu rutin harian.
“Bathtime is Funtime adalah sebuah lagu yang cukup menggirangkan untuk dinyanyikan ketika membuat aktiviti kelas atau di rumah. Lagu rancak ini dicipta bagi membina kemahiran dan perwatakan kanak-kanak, di samping menekankan mesej-mesej kebersihan secara jelas.
“Gunakan span, baldi dan berlakon seperti ingin mandi. Kami yakin kanak-kanak, ibu bapa dan guru akan menyukainya,” katanya ketika ditemui pada acara Bathtime is Funtime di Tadika R.E.A.L Kids USJ 12 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Turut hadir ialah selebriti, Sazzy Falak.
Dalam pada itu, suasana tadika tersebut bertukar gamat apabila Carrie, maskot jenama Carrie Junior membuat penampilan istimewa dengan menyanyikan lagu tema jenama itu.
Kanak-kanak yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot gajah berwarna merah jambu itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: