- Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah, semalam setelah mengaku bersalah mencuri ikan.
Tertuduh, Badrul Hisyam Hashim, 30, dari Sungai Isap Perdana, didapati mencuri ikan di Kios Jual Ikan Kampung Pandan 2 milik Samzulizor Salleh di Kampung Pandan 2, Jalan Bypass Kuantan pada 19 November lepas lebih kurang jam 8 malam.
Berdasarkan pertuduhan, bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, tertuduh telah memohon Majistret Jessica Daimis untuk meringankan hukuman terhadapnya memandangkan terpaksa menjaga anaknya yang baru berusia dua bulan yang kini diletakkan di bawah penjagaan jiran buat sementara waktu
selepas kematian isteri sekitar Oktober lepas.
Lebih malang, tertuduh juga tidak mempunyai wang untuk membayar sebarang denda atau ganti rugi memandangkan tiada siapa yang dapat membantu ekoran kedua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia.
Menurutnya lagi, tiada niat untuk mencuri tetapi melihatkan ada ikan yang ditinggalkan jadi dia bertindak mengambil kira-kira tiga ekor untuk dijadikan lauk untuknya makan pada hari tersebut.
Dengan itu, Jessica tekah menjtuhkan hukuman penjara selama tiga minggu daripada tarikh ditangkap dan berharap hukuman tersebut setimpal memandangkan tertuduh tiada rekod lampau.
Sementara itu, mahkamah juga ingin tertuduh akan menyesali perbuatannya dan tidak mengulangi pada masa hadapan.
Tambahnya, selepas ini sekiranya tertuduh betul-betul memerlukan makanan seharusnya dia meminta pertolongan daripada jiran tetangga atau saudara-mara terdekat dan tidak terlibat dengan kes kecurian lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: