- Fadli menunjukkan seekor burung candik peliharaannya.
Namun, bagi penggemar haiwan berkenaan, suara dilontarkan serta aksi yang ditunjukkan dianggap terlalu istimewa dan mempunyai harga tidak ternilai bagi mereka khususnya ketika burung itu beraksi dalam pertandingan.
Tambahan, sejak kebelakangan ini, seni suara burung candik kembali mendapat tempat dalam kalangan peminatnya. Malah, selain golongan berusia, remaja juga memelihara unggas unik tersebut sebagai hobi dan untuk mendapatkan keuntungan.
Perkara itu diakui remaja dari Kampung Gemuruh di sini, Fadli Ibrahim, 20, yang memelihara unggas itu beberapa tahun lalu.
Menurutnya, keunikan yang ada pada burung candik menyebabkan aktiviti membela burung itu menjadi pilihannya malah, ia juga mampu mendatangkan keuntungan serta dapat mengisi masa lapang dan mengelak dirinya terlibat aktiviti negatif.
“Walaupun harga seekor burung ada yang mencecah ratusan ringgit, ia bukan alasan kepada peminat setia burung candik untuk memilikinya,” katanya yang membela tiga ekor burung candik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: