- Bukan 404
Teater hasil nukilan dan arahan Raja Azrey Raja Kamaruzzaman ini, membariskan gandingan pelakon baru dan lama seperti penyanyi kian meningkat naik, Kaka Azraff, Boy Iman dan pelakon berpengalaman, Khaty Azian (Kak Miah), Zaiful Zairin serta Hafiz Gamat.
Melihat judulnya, pasti ramai yang beranggapan teater ini mengambil kisah filem seram, Blok 404, lakonan Nabila Huda yang cukup popular di awal kemunculannya dulu. Sementelah pengarahnya, Raja Azrey, turut sama membintangi filem itu pada awal tahun 2000 dulu.
Bagaimanapun, jelas Azrey, naskhah teater arahannya itu langsung tiada kaitan dengan filem seram tersebut.
"Ia hanya sekadar kebetulan kerana saya menggunakan nombor 404 kerana ia berkait rapat dengan tarikh kejadian penting dalam teater ini.
"Jika dihayati, perjalanan teater ini lebih menjurus kepada kisah penduduk kampung di kawasan setinggan.
"Ianya di ilhamkan agar dapat kita mengimbau kembali kehidupan setinggan di kalangan masyarakat kita suatu ketika dahulu," katanya.
Papar kehidupan setinggan
Mengangkat latar kehidupan setinggan, Raja Azrey, berkata, Bukan 404 punya pengisian tersendiri yang mahu dikongsi bersama penonton.
"Jika kita lihat, kisah kehidupan golongan setinggan jarang dipentaskan dan ia merupakan percubaan saya untuk mengetengahkan kisah yang berbeza.
"Jarak antara rumah mereka juga sangat dekat sehingga membuatkan mereka sangat akrab," kata Azrey.
Ujarnya lagi, di sebalik kearaban itu, mereka bagaimanapun turut berdepan konflik yang agak sukar.
"Mereka merasakan penempatan itu adalah milik mereka yang sepenuhnya sehingga tidak dapat menerima sebarang projek pembinaan di situ.
"Apabila ada pihak tertentu merancang pembangunan di tempat tinggal mereka maka tercetuslah konflik yang tidak disangka," katanya.
Sedikit mengenai sinopsis teater ini, Bukan 404 mengisahkan Pak Manap yang pulang ke rumah setinggannya setelah lama menghilangkan diri. Namun kemunculannya agak misteri sehingga menimbulkan panik di kalangan penduduk di situ.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: