Farid berkata, dalam majlis tersebut, dia juga akan memperkenalkan anaknya yang dikenali dengan nama Muhammad kepada umum.
Bagaimanapun jelas Farid, dia masih menunggu waktu yang sesuai untuk membuat majlis tersebut kerana Diana masih lagi dalam proses menghabiskan beberapa juzuk al-Quran.
“Ia memakan sedikit masa untuk Diana belajar disebabkan dia sedang mempelajari bacaan al-Quran.
“Jadi majlis tersebut mungkin tidak diadakan dalam waktu terdekat ini.
"Untuk Muhammad pula tiada majlis cukur jambul, tetapi akan diadakan majlis akikah buatnya. Kiranya dua majlis dalam satu masa,” katanya.
Farid berkata, dia tidak mahu memaksa isterinya mempercepatkan proses itu, bagi memastikan perjalanan majlis itu akan sempurna seperti yang dirancang.
“Saya tidak mahu memaksanya, cukup dia teruskan niat untuk belajar dan khatam al-Quran itu sudah cukup baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Farid mengakui teruja melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada zuriat itu walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.
Dalam pada itu, tambah Farid dan Diana, tidak kisah untuk mempunyai berapa orang anak selepas ini memandangkan kehadiran anak sulungnya telah memberikan banyak perubahan pada dirinya termasuklah perubahan sikap.
“Anak anugerah ALLAH SWT dan saya terima sekiranya Diana sanggup untuk melahirkan anak dalam masa terdekat,” katanya, sewaktu ditemui ketika majlis tontonan episod akhir drama Jodoh Itu Milik Kita di restoran Rasta TTDI, Isnin lalu.
Usaha berbaik
Selain itu, ditanya mengenai krisisnya dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, Farid mengakui hubungannya masih belum pulih.
Namun, dia juga berharap krisis ini cepat berakhir dan dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya tak dapat cakap apa-apa tentang perkara ini, namun saya akan fikirkan jalan baik untuk selesaikannya,” katanya.
Sebelum ini, rata-rata menyifatkan perbuatan Farid Kamil menghalang ibu mertuanya, melawat Diana selepas melahirkan anak mereka dikatakan sebagai satu tindakan yang kurang wajar.
Dalam perkembangan terbaru, Farid kini sibuk di set penggambaran bagi menjayakan filem Kitai, arahan Amiro Ghozali bersama barisan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam dan Fezrul Khan.
“Buat masa ini saya fokus untuk filem Kitai dahulu dan kemudian pihak Metrowealth International Group (MIG) akan menerbitkan sebuah projek filem yang berbajet besar,” ujarnya.
Enggan mengulas lanjut mengenai filem itu, Farid meminta semua pihak menunggu sahaja majlis pelancaran filem itu nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: