Mempertaruhkan lagu ‘Hello’, ciptaan komposer Audi Mok dan Inu Numata, kolaborasi artis dari dua negara ini pastinya akan menarik perhatian ramai peminat di Malaysia dan Seberang.
Selain memiliki imej hampir sama, Stacy dan SM*SH, juga turut memperjuangkan ‘muzik dance’ yang menjadi kegilaan ramai anak muda zaman kini.
Menurut wakil AVP Music & Talent Department, Prakesh Swaminathan, gandingan Stacy dan SM*SH sangat Kolaborasi dua negara bertepatan memandangkan mereka mempunyai banyak persamaan.
“Imej Stacy yang sentiasa mengikut fesyen terkini dan mempunyai stail rambut ala-ala Miley Cyrus ini mempunyai karakter yang amat bertenaga dan merupakan penyanyi paling sesuai untuk digandingkan bersama SM*SH kerana mereka berdua membawa perwatakan atau imej yang sama semasa persembahan iaitu hebat dengan tarian bertenaga,” katanya yang turut yakin gandingan itu akan mendapat
sokongan peminat.
Turut muncul dengan video klip lagu tersebut, Prakesh berkata, konsep yang dipaparkan dalam video itu juga mengambil kira rentak lagu dan juga imej ‘muzik dance’ Stacy dan SM*SH.
“Kita tahu stacy sangat disukai dan telah dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti ‘Aku Stacy’, ‘Gagap’ dan ‘Bosan’.
Malah setiap video yang dihasilkan mempunyai kualiti tersendiri.
“Malah Stacy sekali lagi membuktikan kehebatannya menerusi video klip ini. Lebih menyerlah bila ia turut melibatkan kumpulan hot dari seberang, SM*SH yang sememangnya terkenal dengan tarian yang
cukup hebat dan bertenaga,” katanya.
Bakal muncul dengan album khas tidak lama lagi, SM*SH dan juga Stacy juga bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan cukup hebat dan bertenaga pada hujung Disember ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: