Monday, November 25, 2013

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016


REKA bentuk unik roller-coaster setinggi 198.1 meter yang akan dibina di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan di Florida.


MIAMI - Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.
Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.
Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.
Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.
Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.
Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.
Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta).


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: