- Heliza Helmi
Terbaru, heroin filem Syurga Cinta ini, sedang merancang melawat Masjid Al-Aqsa pada Februari depan, walaupun terdapat beberapa sekatan untuk memasuki kawasan itu.
“Saya masih lagi dalam perbincangan bersama Aman Palestin untuk membuat lawatan ke Masjid Al-Aqsa.
“Walaupun bukan mudah menempuh sekatan tersebut, namun, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ke kota besar Islam ke-3 itu.
"Selain dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, kita juga dapat menghayati sejarah Islam yang penuh perjuangan kenabian di situ,” katanya.
Heliza berkata, selain itu, dia masih dalam usaha menambah dana kutipan bagi membantu mangsa serangan di Palestin melalui tabung Aman Palestin.
“Selain membuat sharing tentang Gaza, saya dan beberapa rakan artis yang lain seperti Farah Adeeba, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Zoey Rahman, juga bercadang untuk mengadakan beberapa konsert amal bagi menampung dana yang ada dan kami harap ia akan dipermudahkan ALLAH SWT," katanya.
Berkongsi perkembangan seninya, Heliza memberitahu, dua single terbarunya, Jom Zikir dan La Tahzan, semakin menerima sambutan baik.
“Alhamdulillah, lagu ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pendengar terutamanya kanak-kanak dalam meningkatkan ilmu keagamaan mereka,” katanya yang turut memuatkan single tersebut dalam mini albumnya yang dijangka menemui peminat pada awal tahun depan.
Dalam pada itu, Heliza, bakal membintangi drama 13 episod, Cinta Ilahi, arahan Sheila Rosli, di samping aktor, Johan As’ari.
Letak syarat calon suami
Di usia 27 tahun, wanita dari Terengganu ini mengakui masih belum menemui calon suami yang benar-benar menepati kriterianya.
Selain beriman dan mampu membimbing ke jalan yang diredai ALLAH SWT, Heliza juga mengimpikan calon suami yang memahami serta menyayangi dirinya dan juga keluarga.
“Buat masa sekarang, jadual saya sangat padat, kerana menguruskan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah motivasi dan juga program pengacara televisyen.
“Mungkin disebabkan itulah saya masih lagi tidak mempunyai kekasih. Saya percaya jodoh itu dari ALLAH SWT dan saya yakin akan diberikan jodoh terbaik nanti.
"Apa pun, sekarang fokus utama saya adalah bersama keluarga,” ujar Heliza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: